” Yang lelaki tu pun comel je nak ambil gambar juga.. ” – Netizen

Video Gelagat Dato’ Seri Siti Nurhaliza Melayan Peminat Untuk Bergambar Raih Perhatian Ramai. Nampak TokTi Tengah Rushing Tu, Tapi Tetap Berhenti Untuk Selfie Dengan Peminat. Sporting Sangat TokTi !!

Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza melayan peminatnya untuk bergambar telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan ketika Dato’ Seri Siti selesai dengan satu sesi temubual.

Dato’ Seri Siti hadir untuk tayangan perdana filem Anwar The Untold Story di Pavillion, Kuala Lumpur. Selesai sahaja, Dato’ Seri Siti bergegas untuk pulang, namun dalam sepanjang perjalanannya ada sahaja peminat menyapanya untuk bergambar.

Walaupun dalam keadaan kelam kabut, Dato’ Seri Siti tetap berhenti seketika untuk bergambar. Dapat dilihat kesemua bangsa amat meminati Dato’ Seri Siti. Siapa tidak mahu berselfie dengan penyanyi nombor 1 negara kan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jadi tidak hairanlah Dato’ Seri Siti amat disayangi oleh ramai peminatnya kerana sikapnya yang tidak somb0ng dan merendah diri.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap rendah diri yang ada pada Dato’ Siti. Antara komen-komen yang diberikan :

” Tanpa peminat, siapalah seorang SITI NURHALIZA. Sbb tu dia hargai semua orang sekeliling dia. Pakej lengkap, tetap no 1 di hati.. “

” Budak cina muda pun nk bergambar dgn Tokti… terbaik la… semua bangsa adoh.. mana yg no 1 tu ? tokti kan no 2.. “

” Camni yg best ni makin tggi makin humbleee.. Jarang la artis mcm niĀ  semoga Allah permudahkan urusan tokti.. “

” Kakak 3 org tue kejar smpai mne dah tu.. stgh artis acah2 popular yang somb0ng bod0h tu perlu tgok cara tokti.. “

” Yg lelaki tuh pun comel je nak ambk jugak.. berhenti kejap pun da bagus, tetap layan peminat walaupun da kelam kabut.. “

” Datuk seri siti Nurhaliza seorg baik dan bberbudi bahasa serta mhormati org lain..tdk hairan lh ramai org menyayangi datuk seri.. “

” Tapi kesian lah aku tgok. Kejap2 org nak amek gmbr dgn dia. Sbb tokti macam nak cepat je tu mngkin nk kejar masa.. tapi tokti tak pernah lelah layan fans diaa.. “

Dato’ Seri Siti telah diberi kepercayaan oleh penerbit untuk menyanyikan lagu Menjaga Cintamu untuk filem ini. Semoga Dato’ Seri Siti Nurhaliza sentiasa dimurahkan rezeki dan tidak jemu menghiburkan para peminatnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan, ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..