” I nak kena cerita benda yang berlaku yang patut I cerita.. ” – Liza Abdullah

Video Temubual Liza Abdullah Di Konti Sinar FM Cur1 Perhatian Warganet. Wah Ni Pengakuan Paling Jujur Daripada Liza. Memang Tak Sangka Betul. Lain Yer Dengan Karakter Mak Leha, Hehe !!

Pelakon senior, Liza Abdullah sememangnya antara pelakon wanita yang masih lagi berb1sa dan mempunyai auranya tersendiri. Popular dengan watak Mak Leha, namanya kekal menjadi pilihan ramai pengarah.

Menerusi akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan temubual antara Liza bersama penyampai radio Sinar iaitu Falyqhikyle dan Dina Nadzir dalam segmen Borak Selebriti Sinar.

Berbual tentang suasana beraya tahun ini, Liza memberitahu dia dan anak-anak beraya bersama keluarga bekas suaminya di Seremban. Sekali pun bukan lagi suami isteri, namun adik beradik bekas suaminya dan Liza akrab dan berhubungan baik.

Ketika Dina bertanyakan mengenai juadah hari raya yang dimasak oleh Liza, terus Liza terkedu. Rupa-rupanya Liza tidak pandai memasak. Terpec4h rahsia Liza dan kata Liza hanya dalam drama orang melihat Liza seperti profesional memasak, walhalnya tidak katanya.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Alhamdulillah ada geng jgk.. tp ank2 dan suami tetap ada makanan utk di suap sumber dr mana jgn tanya.. sbb kita pun dapur ada kat luar.. “

” Kak liza xmemasak tp mak leha rajin masak haha.. Bestnya tak payah masak, kita ni hari-hari berper4ng dekat dapur.. “

” Hahaha kelakar.. tp btul la apa nak malu skrg duit ada oder je apa susah.. Hahaha… Liza xberubah dari sekolah sampai skrg character dia.. “

” Eeehhhh sama la kita Kak Liza.. tak da istilah masak dlm hidup saya.. apa pun happy ja.. setiap org ada kelebihan dan kekurangan.. “

” Selalu nye kalau sinar interview artis , aku mesti x habis tengok . Tp bila dengan mak leha ni kan . Know know habis dah video nye.. “

” Seronok dengar celoteh dia.. Betul, buat apa nak malu haha.. Liza Abdullah, kita serupa haha.. “

” Macam tak percaya je mak leha tak pandai masak haha.. Haha dengar topik ni td kat radio.. gelak sorg2 sy time tu tengah msk haha, suka leh tgok video plk.. “

Alamak ramai yang tert1pu la ni, waktu dalam drama memang gaya memasak tu macam pakar sangat. Tak hairan lah ramai yang meminta resepi, adui lah Liza lakonan memang A. Apa-apa pun, semoga Liza sentiasa success dalam kerjaya lakonannya dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lizza Abdullah, IG Sinar FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..