” Sama je muka takde beza. Comelnya hero Fahrin tu, dari baby dah handsome.. ” – Netizen

Video Thr0wback Koleksi Gambar Fahrin Ahmad Bersama Isteri Dan Anak Sempena Birthday Dan Anniversary. Alahai Cutenya Fahrel Masa Baby Tu. Chubby Sungguh Fahrel, Macam Daddy Masa Kecil Dulu Lah !!

Hari ini genap lah usia pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad yang ke 44 tahun. Menerusi akaun Instagram Fahrin Ahmad, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar daripada Instagram isterinya Elena Eleas sempena hari istimewa ini.

Video ini memaparkan gambar-gambar throwback Fahrin bersama Elena Eleas dan anak mereka, Khalifa Fahrel. Apa yang menarik perhatian warganet adalah raut wajah Fahrin yang tidak banyak berubah daripada Fahrel bayi sehingga lah Fahrel kini sudah 7 tahun usianya.

Selain wajah Fahrin, tumpuan juga terarah kepada hero kecilnya ini. Ketika bayi Fahrel kelihatan begitu chubby, apabila sudah besar menjadi kanak-kanak lelaki yang handsome. Elena juga semakin cantik semenjak berhijab.

Tidak hanya hari ulangtahun kelahiran Fahrin tetapi ianya juga hari istimewa untuk pasangan ini. Hari ulangtahun perkahwinan yang memasuki tahun ke 8, bahtera perkahwinan Fahrin dan Elena ini disulami dengan kebahagiaan.

Jom tonton video di bawah :

Gambar Fahrin masa kecil :

Sehingga kini, perkongsian oleh Fahrin ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sama je muka takde beza hehe.. Happy anniversary abang.. Semoga bahagia sampai ke syurga Allah.. “

” Happy besdayyyy abg ( tauu semalam tapi busyyy shoot ).. Semoga terus menjadi orang yang sentiasa mempermudahkan urusan manusia lain dan sentiasa membawa kegembiraan kepada semua orang.. u are awesome.. Semoga Allah memberikan segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat utk abg sekeluarga.. “

” Cop nak jadi menantu boleh hehe.. sanal helwah anniversary semoga terus diberkati dan dirahmati hingga ke akhirnya.. tahniah fahrin, anda telah menjaga mahkota wanita hanya utk anda.. “

” Selamat ulangtahun perkahwinan Fahrin dan isteri. Happy birthday jugak Fahrin.. comelnya hero Fahrin tu.. dari baby dah handsome.. “

” Happy happy semua… Yeaa… Moga kalian semua sentiasa berada dlm rahmat Dan lindungan Allah swt selalu.. “

” Happy Birthday and Happy Anniversary.. same date dengan saya juga birthday & anniversary.. “

” Muka nak seiras Fahrin dan isteri.. semoga sampai ke jannah. Comel anak macam ayahnya. dah besar handsome.. “

Wah seronoknya apabila anniversary dan birthday diraikan pada hari yang sama, boleh sekali harung menyambut hari istimewa ini. Selamat hari lahir dan anniversary daripada kami di Berita Kopak dan semoga Fahrin dikurniakan kebahagiaan yang kekal berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fahrin Ahmad, IG Elena Hani Eleas

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..