” Comelnya tengok telatah anak-anak Ummi.. ” – Netizen

Video- Video Percutian Ummi Nazira Bersama Keluarga Ke Korea Raih Perhatian Ramai. Wah Bestnya Tengok. Part Video Anak-Anak Sembunyi Daripada Ummi Tu Comel Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram pelakon berbakat besar iaitu Ummi Nazeera dan suaminya, Dr Izzar Anwari telah berkongsi video-video dan gambar sekitar mereka sekeluarga telah pun pergi bercuti di negara Korea.

Video-Video tersebut memaparkan Ummi, suami dan dua anak mereka, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia telah melawati tempat-tempat popular di Korea seperti Nami Island,  Zoo dan tempat makanan yang halal.

Selain itu, Dr Izzar juga memuatnaik video gelagat comel anak-anak mereka ketika bercuti. Salah satu videonya adalah ketika Ayra dan Aysha sedang bersembunyi daripadaa Ummi di dalam nursing room di kawasan Nami Island.

Kedengaran dalam video, suara Ummi sedang memanggil anak-anaknya namun mereka tidak menyahut. Telatah Aysha yang membuat isyarat jari agar daddy dan kakaknya diam, namun Aysha yang mengeluarkan suara begitu mencuit hati.

Jom tonton video di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang menyukai video-video percutian Ummi sekeluarga dan terhibur melihat telatah anak-anak Ummi dalam video. Antara komen-komen menarik adalah :

” Nak4l, si adikk.. Comel sungguh, ger4m je tengok perangai dia.. Mesti si mummy berdebar kan.. Happy holidays Dr Izzar dan Ummi.. “

” Hahahahaha teknik sorok mata kena pejam..kena sorok mata.. Hahaha comelnya tengok telatah anak-anak Ummi.. “

” Hahaha mummy dah tak tentu arah tu hahaha bila panggil semuanya tak menyahut.. Cheeky betu lah si adik tu.. “

” Sape yg ajar anak2 nie jadi kelakor macam daddy dia, hahahaa msti daddy kan.. Comel betul, suka tengok dua beradik ni.. “

” Sorang muka Dr Izzar, sorang muka Ummi, comel sangat. Tumpang seronok tengok percutian kelurga Dr kali ni.. “

” Sotong tu sedap doc.. Makan dgn sos lada dia. kenyal2 pedas. Doc makan tak? Ke rakam je, hahahahaa.. “

” Btul doktor.. Tak kisah kita p mane2.. Shopping mall ke apa.. Klau ad anak2, mmg layan depa je la.. Kite punya takde nya smpt nak cari apa2, haha.. “

” Cantik nya. Tiber rasa nak pergi jugak nk bila tengok video2 yang doc share ni.. Selamat bercuti doc n keluarga.. “

Menarik betul perkongsian video oleh Dr Izzar buat tatapan warganet. Malah Dr Izzar tak lokek berkongsi tips percutian di Korea. Semoga Ummi sekeluarga sentiasa bahagia bersama anak-anak dan kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG izzar, umminazeera

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..