” Dua insan penting dalam hidup saya, suami saya dan madu saya.. ” – Zarina Zainuddin

Muatnaik Gambar Suami Dan Madunya, Perkongsian Zarina Zainuddin Menyentuh Hati Warganet. Beruntung Zarina Ada 2 Insan Hebat Ini Dalam Hidupnya. Salute !!

Umum mengetahui, pelakon Zarina Zainuddin merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar. Madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor pula seorang wanita yang hebat dan sering dipuji oleh Zarina.

Menerusi akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan DS Raihan bersama DS Noorhasimah. Agak panjang luahan hati Zarina kali ini dan segala rasa kasih dan penghargaannya terhadap 2 orang penting dalam hidupnya ini dicoretkan.

Kata Zarina, jika tiada DS Raihan dan DS Noorhasimah, mungkin kehidupannya tidak seperti sekarang. Bukan sahaja kasih sayang diberikan, malah semangat dan mendidik Zarina tentang halal dan har4m dan ilmu agama.

Tidak semua beruntung mendapat madu dan suami sebegini kerana poligami selalunya dipandang lebih ke arah negat1f. Pada yang mengikuti Zarina, pastinya tahu betapa baik dan akrabnya hubungan Zarina bersama DS Noorhasimah. Apa yang penting, tahu menjaga hati dan menghormati antara satu sama lain.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Zarina ini telah pun meraih hampir 47 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bersihnya hati kak Zarina ni. This is so sweet kak. Zarina madu yg tahu menghormati first wife dan haknya. mengutamakan first wife tak meramp4s utk jadi hak kita saja.. “

” Poligami itu takkan dipandang buruk kalau yg mengamalkan nya semua tahu tanggungjawab dan mainkan peranan masing2. Semoga Allah pelihara hubungan baik keluarga ini selalu.. “

” Ini yg patut dicontohi.. bukan ramp4s semua hak dan tam4k… terbaik akak dan family madu.. “

” Tulusnya hati Dato dan Datin menerima cik puan dan merendahnya hati cik puan menghormati dan menghargai keduanya. Till jannah, in sha Allah.. aamiin.. “

” Tahniah puan zarina. Anda adalah contoh poligami yang sebenar di zaman ini dan memberi gambaran yg jelas bagaimana isteri kedua harus menghormati perasaan isteri pertama suaminya.. “

” Ke dua2 sama mulia.. Datin seri berbesar hati menerima kak zarina, dan akak juga menghormati beliau sbg kakak. Masyaallah.. “

” Kisah hidup kak zarina ni memang unik. Allah temukan dgn dua insan hebat dan berikan kak zarina kekuatan sehingga hari ni.. “

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan apa yang diaturkan untuk kita adalah yang terbaik. Semoga ukhuwah yang terjalin antara Zarina dan Datin Seri Noorhasimah ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkasih sayang selama-lamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..