” 1st time lepaih anak dar4 dok asrama, demi mengejar mimpi katanya.. ” – Lan Solo
Video Lan Solo Menghantar Anak Sulungnya, Nur Amna Qaleesya Ke Sekolah Seni Malaysia Raih Perhatian Warganet. Alahai Nampak Berat Lan Nak Lepaskan Qaleesya, Jangan Sed1h-Sed1h Lan !!
Sebut sahaja nama penyanyi Lan Solo pasti ramai yang mengenalinya. Lan antara penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni suara sejak usianya masih remaja. Kini, selain bergelar penyanyi, Lan juga seorang usahawan yang berjaya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Lan telah memuatnaik satu video yang memaparkan Lan dan isterinya, Sheila telah menghantar anak sulung mereka, Nur Amna Qaleesya ke Sekolah Seni Malaysia.
Luah Lan di ruangan kapsyen, ini adalah kali pertama dirinya berp1sah dengan anak sulungnya itu. Namun untuk mengejar impian yang diingini Lan berharap Qaleesya dapat membuktikan bakatnya dan belajar bersungguh-sungguh di sekolah baru.
Selain video, Lan turut mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama keluarga di pintu hadapan sekolah tersebut. Sehingga kini posting terbaru oleh Lan itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Lan dan turut memberikan ucapan tahniah kepaada Qaleesya. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Bangga dgn lan Dan wife, utamakan keinginan anak. bg sokongan atas keyakinan yg anak dpt mencapai apa yg diinginkan. Tahniah lan n family.. “
” Harap daddy dan mummy tak nang1s lah sebab rindu kakak.. Hihihi.. Tahniah kakak.. Semoga kakak berjaya dunia akh1rat ya, amin.. “
” Suka tgok part last ayah nya sapu2 pipi anaknya tu.. Good luck kakak.. Semoga berjaya kejar cita2.. Anak Lan sekali pandang muka macam Elyana.. “
” Tahniah kak.. Sabar abg Lan.. Sy sangat memahami perasaan itu.. Sementara nak biasa bila anak tak ada di rumah, kita rasa sed1h sedikit.. “
” Sama anak dapat sek seni tapi dh reject sbb dapat mrsm.. Tap sekarang dia nak u turn seni .. Mrsm pilihan ibu huwaaaa.. “
” Alhamdulillahhh.. Tahniah princess.. Belajar rajin2.. Cantikk anak dar4nya makin besar nampak makin ayu lah.. Dah 13 tahun rupanya.. “
” The real singer n dancer in the making. Tunggu 10 tahun lg dia buat comeback hehhe.. Tahniah Lan sekeluarga.. “
Kasih seorang bapa, nampak wajah Lan sedikit sayu untuk melepaskan Qaleesya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah, semoga segala urusan Qaleesya akan sentiasa dipermudahkan dan pengajiannya di Sekolah Seni Malaysia berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG lansolo_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..