” Sarah makin cantik, tinggi pulak tu. Adam dengan Anas dah macam kembar.. ” – Netizen

Gambar Raya Ashraf Muslim Bersama Isteri-Isteri Dan Anak-Anak Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Hero 2 Orang Tu Segak Betul. Anak Dar4 Pun Comel-Comel !!

Aktor Ashraf Muslim diketahui umum mempunyai 2 orang isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi. Bahtera perkahwinan ini diserikan lagi dengan 4 orang cahayamata yang segak dan comel semuanya.

Sebagaimana keluarga lain, Syawal disambut meriah bersama keluarga besarnya ini. Meninjau akaun Instagram Ashraf Muslim, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Ashraf bersama isteri-isteri dan anak-anak.

Tahun ini mereka sepakat memilih tema raya berwarna grey. Dengan ucapan selamat hari raya memulai kapsyennya, Ashraf turut memohon kemaafan daripada semua orang yang mengenali dirinya, Dayana dan Sakinah.

Rata-rata warganet kagum melihat hubungan baik antara Dayana dan Sakinah ini. Mendapat madu yang baik juga merupakan salah satu rezeki dan tidak semua yang berpoligami dapat menikmati suasana dan kemanisan sebegini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Ashraf ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Selamat hari raya abang Ashraf Muslim sekeluarga, maaf zahir dan batin. Aman damai je family ni, terbaik lah.. “

” Gambar tengah panas, mula lah sengeh lain macam haha.. apa-apa pun, semoga hidup bahagia bersama madu.. Suka tengok kebahagiaan Abang Ashraf.. “

” Selamat Hari Raya Aidilfitri pelakon pujaanku.. ashrafmuslim & seluruh ahli keluarga ashrafslegacy.. Semoga semuanya diberkati & dirahmati Allah Ta’ala selalu.. Inshaa Allah.. “

” Seronok tengok family Ashraf Muslim.. Selamat hari raya. Dah besar anak-anaknya. Yang hero tu macam kembar pulak, muka sama-sama handsome.. “

” Alhamdullilah keluarga bahagia .. Selamat Hari Raya Aidilfitri ashraf muslim sekeluarga.. Maaf zahir dan batin.. “

” Happy family, untung ada madu yang baik. Anak-anak pun makin besar, makin cantik dan handsome.. Alhamdulillah keluarga contoh.. “

” Sarah makin cantik, tinggi pulak tu. Adam dengan Anas dah macam kembar.. handsome besar nanti ni, mesti ramai peminat macam ayah hehe.. “

Indahnya kehidupan apabila semuanya saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Keluarga Ashraf, Dayana dan Sakinah ini antara keluarga yang disenangi oleh warganet. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke jannah dan gembira selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ashraf Muslim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..