” Ala comelnya Urhan. Handsome dengan tanjaknya tu.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Uyaina, Raja Urhan Raih Perhatian Warganet. Alahai Handsomenya Urhan Pakai Tanjak, Dah Macam Panglima Cilik. Pemurah Dengan Senyuman Lah Urhan Ni, Comel Sangat !!

Raja Urhan adalah nama yang dipilih oleh Uyaina dan Raja Syahiran untuk cahayamata sulung mereka ini. Raja Urhan yang dilahirkan pada September 2022 ini membesar dengan sihat dan bayi yang mudah dijaga.

Meninjau akaun Instagram Uyaina Arshad, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru yang memaparkan suasana ketika majlis aqiqah Urhan dilakukan. Memandangkan sekarang masih dalam bulan Syawal, majlis rumah terbuka diadakan bersama.

Cantik dan segak Raja Syahiran dan Uyaina laksana pengantin baru pula. Si kecil Urhan pula comel memakai baju melayu dan bertanjak berwarna hitam. Dalam setiap gambar Urhan yang dikongsikan, Urhan tidak lekang dengan senyuman.

Uyaina mengucapkan ucapan terima kasihnya buat semua tetamu yang hadir kerana memeriahkan majlis aqiqah dan rumah terbuka mereka ini. Uyaina turut memohon agar semua mendoakan yang baik-baik untuk keluarga kecilnya ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Lebih 7000 tanda suka telah pun direkodkan untuk posting ini sehingga sekarang. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Ahhhh sad I couldn’t make it… cantiknya semua, deco, theme.. YM kecil tu pun cutenyaa.. “

” Eleh handsome boy cik ja, cutenya Urhan. Murah senyuman sekali anak kak Uyaina ni.. “

” Ala-ala comelnya Urhan.. Naik pelamin lagi mommy dan daddy Urhan ni. Cute sangat urhan dengan senyuman dia tu.. “

” MashaaAllah Comey nya Urhan, miss you three so much.. sihat-sihat selalu Urhan , mama and baba juga sihat-sihat selalu ya.. “

” Lepas ni kalau tangk4p gambar nak kena agah babah urhan pula haha. Si Urhan punya lah sengih, baba pula masam.. “

” Cute betul Urhan senyum, tak l0ket dengan senyuman lah si kecil Uyaina ni. Handsome dengan tanjaknya tu.. “

” Comelnya Urhan, muka mama dia sangat. Semoga Urhan menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat.. “

Alhamdulillah, selesai sudah majlis aqiqah Raja Urhan. Dari tema majlis dan dekorasinya semua serba cantik. Semoga Raja Urhan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan tinggi budi pekertinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Uyaina Arshad, IG Raja Urhan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..