” Muka Bell bersedia sangat macam masuk koir, haha.. ” – Darling Ngasri

Video Bell Ngasri Bersama Dato’ Awie Dan Pelakon-Pelakon Lain Berlatih Menyanyi Mencuit Hati Ramai. Reaksi Muka Bell Menunggu Turn Untuk Menyanyi Lawak Betul. Tengok Muka Bell Saja Dah Lucu. Tak Payah Menyanyi Pun Takpe, Hehe !!

Menyebut sahaja nama Bell Ngasri, pastinya terbayang di fikiran peminat pelawak dan pelakon yang tidak dimamah usia ini. Bell cukup sinonim dengan drama muzikal dan lakonannya yang bersahaja membuatkan peminat terhibur menontonnya.

Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bell bersama Dato’ Awie dan beberapa orang pelakon lain melakukan sesi latihan menyanyi. Mereka membawakan lagu dendangan asal DAto’ Jamal Abdillah berjudul Kau Kekasih Awal Dan Akhir.

Suara Dato’ Awie sememangnya begitu merdu walaupun pada awalnya kedengaran sedikit tersekat. Kata Bell, Dato’ Awie ini menyanyi tersekat-sekat pun tetap sedap suaranya. Sempat lagi Bell berjenaka mengatakan Dato’ Awie sendawa juga sedap bunyinya.

Mimik muka Bell yang menunggu turn untuk menyanyi bersama Dato’ Awie membuatkan ramai terhibur. Punya lah bersungguh reaksi wajah Bell itu, mesti tak0t terlepas turn agaknya. Tegak berdiri seperti geng nasyid pun ada Bell ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Berdiri tengok macam nak marhaban.. memang la orang tak bagi chance nak masuk nyanyi haha.. “

” Tak yah nyanyi, tengok muka hang pun dah ketawa terbahak ni Bell haha. Bell , Gaya tangan tu macam penyanyi Nashid. Tolong rock sikit . Hahaha.. “

” Muka Bell bersedia sangat macam masuk koir haha.. ” – Darling Ngasri

” Abg bell .. nape part dato awie, abg bell mcm layan ek lirik2 dia. Mcm mengenang d0sa2 tu ke caner haha.. “

” Bell ketua koir ke.. dia pnya bersedia tu mantul haha . Ni muka plg serius aku penah tengok kau bang.. “

” Tak.. bell ko nak nyanyi ke ko nk ready mar4h org haha. muka tu macam tak puas hati je haha.. “

” Abang bell buat muka gitu pun saya dah rasa lucu. Hahaha.. Bell cara tu macam nyanyi nasyid haha.. “

” Bell nampak clear benau muka bro duk bebai tunggu turn haha.. Gigih fe-feeling tu lucu betul.. “

Adui lah Bell, melihat muka Bell sahaja pun sudah membuatkan ramai terhibur. Bak komen warganet, seperti ketua koir pun ada si Bell ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..