” Terbaik lah, macam ni lah contoh poligami yang adil.. ” – Netizen

Video Kemesraan Isteri Pertama Dan Kedua Rahim Sepahtu Raih Perhatian Warganet. Wah Sebelum Pergi Bercuti, Sempat Lagi Singgah Tengok Madu. Untung Lah, Rumah Dua-Dua Dekat Je Dalam Satu Taman, Hehe !!

Umum mengetahui yang pelawak dan penyampai radio terkenal, Rahim Sepahtu mempunyai dua orang isteri. Hubungan antara kedua-dua isteri Rahim iaitu Kolin Abdullah dan Lily Khay ini dilihat begitu baik.

Meninjau di akaun Instagram isteri kedua Rahim iaitu Lily telah berkongsi video yang memaparkan Rahim dan isteri pertamanya, Kolin telah datang ke rumah Lily. Difahamkan Rahim dan Kolin akan pergi bercuti dan mereka singgah sebentar melawat Lily.

Dalam video itu, kelihatan Kolin telah melambai tangan kepada Lily yang sedang merakam video. Menerusi kapsyen, Lily berseloroh menyakat Rahim beruntung kerana rumah isteri-isterinya dalam satu taman sahaja.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan suka melihat keakraban isteri-isteri Rahim. Sehingga kini posting terbaru oleh Lily itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka memuji sikap adil Rahim terhadap kedua isterinya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terbaik lah, macam ni lah contoh poligami yang adil.. Selamat hari raya Lily.. Cantik rumah baru… Happy tgk you allss.. Moga bahagia ke akhirnya.. “

” Abang Rahim ni koi follow lama dah dari mule2 tau dia nikah satu lagi, dia mmg adil bini2 dia semua rumah sorang dua.. “

” Kan. Takde la sana emergency nk kena pecut lelaju ketenya. Semoga baik2 saje buat akak berdua ya.. Selamat hari raya.. “

” Wahhhh best kan macamtu.. Rukun damai ni.. Happy blated birthday buat Rahim dan selamat hari raya buat Rahim sekeluarga.. “

” Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan buat lily & family.. Bahagianya tengok keakraban Lily dengan kakak madu.. “

” Contoh terbaik, kalau boleh adil macam ni tak salah pun bermadu, janji semuanya dapat rasa kebahagiaan. Terbaik lah Rahim.. “

” Salutee lah, Rahim memang adil dengan isteri2, tengok jalh muka isteri pertama, senyum sentiasa, nampak ikhlas menerima madu.. “

Alahai sweet tengok Kolin dan Lily, memang patut pun mendapat pujian ramai. Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan semoga hubungan baik isteri-isteri Rahim ini akan terus kekal dan mereka hidup aman sentosa bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG lilykhay, kolin_abdullah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..