” Sebiji muka Rita lah, makin besar makin handsome Arjuna.. ” – Netizen

Rita Rudaini Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Anak Keduanya, Airit QaQa Arjuna Yang Ke 12 Tahun. Alahai Kacak Anak-Anak Rita, Sorang Ikut Muka Mommy, Sorang Ikut Muka Daddy. Happy Birthday Arjuna !!

Sebut sahaja nama pelakon Rita Rudaini, pasti ramai yang mengenalinya. Sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, Rita antara pelakon yang mempunyai bakar besar. Bukan itu sahaja, kehidupan Rita sebagai ibu tunggal turut menjadi inspirasi kepada para peminatnya.

Sering berkongsi perkembangan di akaun Instagram, terbaru Rita telah memuatnaik satu video yang memaparkan telah menyambut hari ulangtahun kelahiran anak keduanya iaitu Airit Qaqa Arjuna yang ke 12 tahun pada hari ini.

Menerusi video itu, Rita telah menghadiahkan sebiji kek kepada Arjuna yang di atasnya mempunyai replika kereta mewah. Menerusi ruangan kapsyen, Rita juga menitipkan kata ucapan istimewa buat Arjuna. Perkongsian terbaru Rita itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan yang Arjuna memiliki wajah seiras seperti Rita, manakala anak sulung Rita pula saling tidak tumpah seperti bapa mereka iaitu Aidil Zafuan. Sehingga kini, video sambutan hari lahir Arjuna telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai video tersebut, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Arjuna. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Sebiji muka Rita lah, makin besar makin handsome Arjuna.  Selamat hari jadi Arjuna. Semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.. “

” Semoga airit qaqa berjaya dunia akhirat bngga kn mummy ye syg.. aunty doakn Allah sntiasa rhmati airit dan sentiasa dlm rhmat Allah.. Luv u all..

” Happy Birthday Arjuna. Semoga menjadi anak yg soleh dan bertanggungjawab terhadap Mommy, agama, bangsa dan negara. Ameen.. “

” Sanah helwah cute boy.. Moga pnjg umur murah rezeki dan sentiasa di bwh lindungan Allah s.w.t.. Besar dah anak2 bujang Rita.. “

” Selamat Hari Jadi Arjuna, semoga selalu dilimpahi kebahagian ,ketenangan dan kesehatan dalam kehidupan mu beserta mommy n Abg Ryan.. “

” Sanah helwah AIRIT QAQA ARJUNA.. Semoga menjadi anak yang membanggakan dunia akhirat dihadapan Allah SWT dan berbahagia bersama keluarga till Jannatul Firdaus.. Aamiin.. “

” Selamat Hari Lahir Arjuna.. Semoga di kurniakan kesihatan yang baik, di permudahkan urusan dan di kurniakan rezeki yg melimpah ruah.. “

Pejam celik, pejam celik, kini anak kedua Rita sudah 12 tahun usianya. Memang saling tak tumpah wajah Arjuna seperti Rita, lebih-lebih lagi ketika Arjuna senyum. Apa-apa pun selamat hari lahir Arjuna. Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh buat mommy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ritrud727

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..