” Happy tengok Abe Joe sayangkan ibu. Aku pulak yang nang1s dah kenapa.. ” – Netizen

Video Fizo Omar Bersama Isteri, Fazeera Nazri Dan Adik Beradiknya Meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Ibu Fizo. Menang1s Ibu Fizo Kerana Terharu Dengan Layanan Anak-Anak. Bahagianya Hati Seorang Ibu. Wah Hadiah Abe Joe Pun Gempak Lah !!

Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fizo bersama isterinya, Fazeera Nazri dan adik beradik Fizo yang lain meraikan ulangtahun kelahiran ibu mereka, Hasnah Jidin.

Sebagaimana tahun-tahun sudah, kali ini mereka berpeluang berkumpul dan menyambut ulangtahun ibu tercinta. Kata Fizo, bukan harta benda dan hadiah mahal yang diinginkan oleh maknya, namun keakraban mereka adik beradik yang lebih membuatkan hati maknya bahagia.

Dapat disaksikan seorang demi seorang memel0k Puan Hasnah dan memberikan hadiah masing-masing. Tiada kata yang mampu diluahkan oleh seorang ibu namun dari riak wajahnya semua dapat merasakan ibu Fizo gembira.

Ibu yang banyak berk0rban untuk membesarkan mereka adik-beradik, yang telah mengharungi bermacam dugaan untuk memastikan semua anak-anaknya ini berjaya dan menjadi insan yang berguna. Dalam senyuman Puan Hasnah, akhirnya tump4h jua airmatanya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fizo ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alhamdulillah, happy mom, happy wife, happy family. Suka tengok muka wife Fizo, lembut je.. “

” Alhamdulillah happy family happy mom.. happy birthday maaa yang cantik lagi baik.. semoga sihat selalu.. “

” Alhamdulillah happy tengok abe joe isteri dan adik beradik sayangkan ibu.. aku pulak yang nang1s dah kenapa.. “

” Tahniah anak-anak yang hebat.. Happy birthday aunty.. suka tgk raut wajah lembut isteri Fizo… lembut je.. “

” Selamat hari raya untuk ma, umi faz and abe joe, maaf zahir bathin and selamat hari jadi utk ma semoga pjg umur dan diberikan kesihatan yg baik.. “

” Ibu mana tak bahagia bila anak macam ni, tahniah Fizo dan adik-beradik. Happy dan harmoni tengok family Fizo.. “

” Terharunya tengok, ibu adalah segala-galanya. Saya sokong Abe Joe. Tentu berbunga-bunga hati maa ada anak-anak macam korang semua.. “

Tiada yang lebih menggembirakan selain dapat bersama anak-anak dan menantu-menantu tersayang. Kasih sayang yang dicurahkan itu lebih mahal daripada emas permata. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran buat Puan Hasnah dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..