” Handsome anak teruna Along ni. He got his mother’s eyes lah, muka pun sama.. ” – Netizen

Gambar Raya Along Cham Bersama Anak Lelakinya, Ahmad Daniel Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Dah Besar Anak Bujang Along Ni. Rupa Tu Saling Tak Tump4h Seperti Mamanya, Zila Seeron. Manis Sungguh Orangnya !!

Along Cham mula dikenali ramai menerusi program realiti Raja Lawak dan masih lagi antara pelawak yang dikenali sehingga kini. Seperti mana orang lain, Along juga menyambut hari raya dengan meriah bersama keluarga.

Menerusi akaun Instagram Along Cham, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru yang memaparkan Along bersama anak lelaki tunggalnya, Ahmad Daniel. Dengan kapsyen berjenaka mengatakan tahun depan bakal beraya bertiga, gambar ini mencur1 perhatian warganet.

Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi Zila Seeron atau dikenali dengan nama Zila AF. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya mereka ditakdirkan untuk berp1sah. Melihat akan wajah Daniel, warganet mengatakan raut wajahnya sangat iras dengan wajah Zila.

Daniel yang sudah pun genap usianya 12 tahun ini kelihatan begitu manis orangnya. Sekejap sahaja masa berlalu, Daniel bakal melangkah ke alam remaja. Hero kesayangan Along yang selalu ada di samping dan menjadi kekuatan untuk papanya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Along ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Baru nak tanya nanti betul ke haha. Ewahhh selamat hari raya dik, lama tak jumpa.. handsome hero tu.. “

” Handsome anak kau Along Cham.. Selamat hari raya long sahabat zaman muda mudi ku.. “

” Insha Allah niat yang baik-baik dipermudahkan semuanya.. Semoga dipertemukan jodoh yang terbaik untuk along yang super dad.. “

” Handsome nya anak terun4 along ni. He got his mother’s eyes lah.. muka pun sama macam maknya.. “

” Hensemnya anak terun4 abang. In shaa Allah, kalau Allah dah tetapkan raya ber3, tak mustahil tahun depan abg dpt raya ber3, ber4 pun. Aamiin.. “

” Aamin, selalu doakan ko bertemu jodoh yang baik sahabat dan semoga ko sentiasa sempoi n happy go lucky mcm dulu lagi sebelum jadi artis.. rindu zaman dulu2 hahahaha.. “

” Selamat hari raya along.. Daniel si handsome boy tu.. You will find the right one bang. kami doakan.. “

Manis sungguh senyuman Daniel itu, pemurah dengan senyuman betul. Andai betul tahun depan Along bakal bertiga, tentu Daniel paling happy. Apa-apa pun, semoga Along dan Daniel bahagia selalu bersama dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alongcham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..