” Dia punya level angguk kepala tu macam faham betul, haha.. ” – Netizen

Video Dr Izzar Merakam Reaksi Ummi Nazeera Ketika Mendengar Bapa Mertuanya Berbual Dengan Seorang Lelaki Ketika Beraya Di Kampung. Amboi Ummi, Cara Angguk Kepala Tu Memang Faham Sangat Dialek Daerah Baling, Hehe !!

Meninjau di akaun Instagram suami pelakon terkenal, Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar, telah berkongsi beberapa gambar raya yang memaparkan pada tahun ini, Dr Izzar telah membawa Ummi pulang ke negeri Kedah berhari raya bersama keluarganya.

Turut dikongsikan Dr Izzar adalah gambar bersama keluarganya dan beberapa gambar bersama Ummi. Namun yang menjadi perhatian adalah satu video yang mana Dr Izzar merakamkan gelagat Ummi ketika berhari raya di rumah sanak saudara.

Menerusi video tersebut, Ummi sedang mendengar perbualan bapa mertuanya dengan seorang lelaki. Tulis Dr Izzar di kapsyen, perbualan tersebut adalah dialek bagi orang di daerah Baling, Kedah.

Perkongsian video oleh Dr Izzar hingga kini telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada yang menyatakan mereka suka melihat gelagat Ummi yang dirakam oleh Dr Izzar itu.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Dr Izzar tersebut dan terhibur melihat reaksi Ummi dalam video. Antara komen-komen menarik adalah :

” Dia punya level angguk kepala tu macam faham betul, haha..  Sempat lagi Dr rakam ye gelagat si isteri.. “

 ” Nk masuk jgk conversation kena angguk2. Baru sync dgn cite,  aku pon sama je.. Suami asal Baling, 22 tahun masih tak faham lagi bahasa dorang.. “

” Laju sungguh aihhh pakcik tu gebang. I orang utagha pun tak dan nak ligan paham, hahaha. Tapi comel tengok gaya Ummi angguk tu.. “

” Angguk2 geleng2.. Hahaha ni baru sempoi, balik umah mertua ikut je pergi jalan raya satu kampung, terbaik lah Ummi.. “

” Lama2 nanti faham lah Ummi, hehe. Mesti org smua berebut kannnn nak ambil gambooooo, artis datang Baling lah.. “

” Selamat hari raya Ummi sekeluarga, cantik2 baju raya Ummi.. Wah beraya di kampung halaman suami ye Ummi.. “

” Fuhhh, cantik..  Rupanya Dr orang Baling lah, hehe. Saya ternampak Dr dan Ummi di kedai runcit, tak sempat nak tegur.. “

Comel reaksi Ummi, walaupun tidak lah sangat memahami perbualan tersebut, namun Ummi tetap mendengar dengan tekun. Apa-apa pun selamat hari raya buat Ummi, semoga lebaran ini membawa kenangan yang manis buat Ummi sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG izzar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..