” Bagusnya Maryam ajar Rina makan banyak jenis makanan.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina Menikmati Makanan Ketika Percutian Mereka Di Thailand Raih Perhatian Ramai. Wah Seronok Betul Tengok Rina Makan. Tidak Memilih Dan Begitu Berselera !!

Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian video Maryam ketika berada di Thailand telah meraih perhatian ramai. Maryam berkongsi gelagat Rina menikmati makanan-makanan yang ada di Thailand.

Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah gelagat Rina yang langsung tidak memilih makanan yang disuap oleh ibunya. Apa sahaja yang dimakan oleh Maryam, Rina juga akan memakannya tanpa meluahkan apa yang diberikan.

Ramai yang memuji cara Maryam mengajar anaknya memakan apa sahaja makanan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Apabila sejak dari kecil sudah biasa diajar untuk makan makanan sebegini, ia tidak menjadi masalah untuk menyuapkan makanan-makanan lain.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apabila anak tidak memilih makanan, memudahkan ibu bapa untuk membawa anak ke mana sahaja destinasi percutian.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang suka melihat gelagat Rina yang tidak memilih makanan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Bestnya semua makan.. ank aku plk pilih mkn . jenuh.. udang sotong tak mau.. ikan pun kdg2 tk mau.. telur pun sama..yg perempuan je kurang milih mkn.. “

” Bagusnya Maryam ajar Rina makan banyak jenis makanan so anak tak jadi picky eater.. Suka la tgk Rina ni. Sng je mkn.. “

” Huiiiihhh.. senang makan betul Rina ni, apa pun on. Seronok mak dia masak nanti. Maryam semjk pakak tudung lawa betoi laaa.. “

” Pemakan sungguh rina ni. smua dia mkn. parents pun bagus ajar ank cuba smua mknan. TKde pant4ng lar4ng. nak jln mana2 pun sng.. “

” So far tak nampak lagi ada orang kata b4d parenting sebab bagi anak makan udang.. alhamdulillah grow big ye rina .. “

” Bagus parent dia ajar cuba variety foods.. Anak pun mudah bawak ke Mana saja.. Pandai rina semua pn try mkn mcm ibu juga ska mkn senang nk bawa p mn pun.. “

” Tengok dia makan kita pun lapar.. sonok lah tengok rina ni semua dia makan.. Mummy dia semua sumbat ank dia makan pd jumlah yg sesikit.. “

Memang seronok melihat gelagat Rina sedang makan. Boleh jadi lapar melihat Rina yang begitu berselera menikmati makanannya. Apabila anak gemar untuk makan, sebagai seorang ibu pastinya seronok setiap kali menyuapkan makanan kepada si anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..