” Alahai comelnya, sedap suara maknya.. ” – Netizen

Video Nyanyian Lagu Hari Raya Oleh Datuk Syafinaz Selamat Bersama Ibunya Raih Perhatian Ramai. Patutlah Suara Datuk Syafinaz Sedap, Suara Maknya Pun Merdu. Part Last Tu Siap Tarik Suara Lagi, Padu Lah Ibu Tok Naz !!

Meninjau ke akaun Instagram Datuk Syafinaz Selamat, perkongsian sebuah video ucapan hari raya serta nyanyian lagu raya bersama ibunya, Cikgu Zaiton telah meraih perhatian ramai. Ini kerana suara kedua anak ber4nak ini sangat merdu.

Umum mengetahui yang Datuk Syafinaz merupakan seorang guru vokal dan memiliki suara yang cukup merdu. Namun tiada siapa menyangkakan yang ibu Datuk Syafinaz juga rupanya boleh menyanyi.

Di awal video kelihatan ibu Datuk Syafinaz agak segan untuk memulakan nyanyian. Apabila percubaan kali kedua barulah berjaya dan gandingan suara kedua anak ber4nak ini juga amat serasi. Part akhir tu, siap tarik lagi suara.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Datuk Syafinaz mewarisi bakat ibunya yang juga memiliki suara yang cukup merdu.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai memuji kemerduan suara ibu Datuk Syafinaz. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Minal ‘Aidin wal-Faizin, Datuk Shafinaz dan keluarga. Maaf Zahir Batin .. Datuk syafinaz… kirim salam mak cikgu zaiton…  selamat hari raya.. “

” Ini nama nya, ada kualiti ada makna.. bukan sibuk utk jadi penyanyi no. 1… Alahai comel nya, sedap pulak suara mak nya.. “

” Omg Your mom can really sing just like u darl Kirim salam to your mom & selamat hari raya maaf zahir batin.. “

” Now I know where you got ur flawless pitching from. alolo comelnya.. salam aidilfitri dato ss.. selamat hari raya mak.. “

” Cute jek mak. Miss u, sorry kami tk balik .. SubhannAllah ur mom’s gelombang voice is same like yours…  “

” Moga pjg umo umor makcik.. Selamat hari raya.. Jaga ibu sebaiknya.. Untong ada ibu lg.. Ok endorsed for next GV.. “

” Selamat hari raya maaf zahir batin..buat cikgu saya.. Cikgu Zaiton.. Tengok syafinaz mesti teringat tcher balqis.. “

Nampak sweet sangat gelagat dua anak ber4nak ini. Semoga ibu Datuk Syafinaz iaitu Cikgu Zaiton sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dipanjangkan umur. Selamat hari raya aidilfitri kami ucapkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Syafinaz Selamat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..