” Akhirnya dapat tengok gambar keluarga Ajai. Manis-manis anak dar4 Ajai ni.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Raya Ajai Bersama Isteri Dan Anak-Anaknya, Ayu Nazirah Dan Danisha Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Anak Dar4 Ajai. Muka Nampak Seiras Betul Kakak Dengan Adik Ni, Cantik !!

Jarang dapat melihat komposer terkenal negara, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas berkongsikan perihal keluarga. Kebanyakan posting Ajai di akaun media sosialnya hanya tentang kerjaya seninya sahaja.

Meninjau akaun Instagram Ajai, telah dimuatnaik sekeping gambar yang memaparkan Ajai bersama isterinya, Norliza dan 2 orang anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah dan Danisha. Ayu adalah anak hasil perkahwinan bersama Nourul, manakala Danisha pula anak Ajai bersama Norliza.

Tulis Ajai di ruangan kapsyennya mengatakan lebaran kali ini semua ahli keluarga ada dan dapat meraikan Aidilfitri bersama-sama. Ajai turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pengikutnya yang membaca posting ini.

Melihat akan wajah Ayu dan Danisha, ramai berpendapat yang 2 beradik ini kelihatan seiras wajahnya. Cantik anak-anak Ajai, manis sama seperti papanya juga. Cepat sungguu masa berlalu, sudah ada 2 orang anak dar4 Ajai sekarang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Ajai ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

   ” Selamat hari raya Ajai dan keluarga. Sama sangat kan muka kakak dan adikkkkk.. alhamdulillah.. “

” Selamat Hari Raya Ajai & family. Nampak isteri mcm kakak ajai pulak. Maaf Zahir & Batin.. “

” Selamat hari raya abg ajai dan family… Tak sabar nak tengok konsert di kuching bln dpn.. “

” Salam aidilfitri abg ajai dan kak mrsajai75 dan anak-anak.. Bersama keluarga selalu saja terasa ramai dan damai, menyenangkan dan menenangkan.. “

” Selamat hari raya bang Ajai. Maaf zahir dan batin.. Seiras sungguh muka kakak ayu dan adiknya.. “

” Alhamdulillah terbaik bang.. Meriah bila anak-anak ada di sisi.. Manis-manis anak dar4 Ajai ni.. “

” Beautiful family.. Selamat hari raya Aiditri. maaf zahir dan batin.. akhirnya dapat tengok gambar keluarga Ajai.. ”

Baik Ayu mahu pun Danisha, kedua-duanya memang manis dan banyak menyerupai wajah Ajai. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari raya dan semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat Ajai dan anak-anak serta isterinya.                                                                   

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ajai

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..