” Mengekek aku gelak dengar Chef Wan bebel dekat Serina, haha.. ” – Netizen

Video Chef Wan Membebel Ketika Melihat Anaknya, Serina Membawa Balik Pelbagai Makanan Dari Rumahnya Buat Ramai Terhibur. Part Chef Wan Tanya Tak Nak Angkut Pokok Bunga Tu Memang Kelakar !!

Meninjau di akaun Instagram Datuk Chef Wan telah berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Serina telah pulang berhari raya di rumahnya. Menerusi video itu juga, Chef Wan sedang merakamkan telatah Serina di dapur.

Kata Chef Wan, anak menantunya telah memberikan buah mempelam harum manis untuk dirinya. Chef Wan telah membalas dengan memberikan pula pelbagai juadah yang lazat untuk Serima dan suami untuk dibawa pulang.

Kelihatan seperti buahan-buahan segar, ketupat, biskut raya dan rendang yang diberikan untuk Serina. Seloroh Chef Wan kepada Serina agar pokok bunga yang berada di atas meja makan dibawa pulang sekali. Mendengar apa yang ayahnya kata, terus Serina berdekah ketawa.

Menerusi video kedua pula, Chef Wan sedang membuka bungkusan coklat untuk diberikan kepada Serina. Sehingga kini, video coleteh Chef Wan kepada Serina telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Chef Wan dan sikap Chef Wan yang suka menyakat Serina. Antara komen-komen menarik adalah :

” Mengekek aku gelak dengar Chef Wan bebel dekat Serina, haha.. Kasih seorang ayah, memang tak kan biar anak lapar, hahaha.. “

” Aku pun macam ni juga, balik je rumah mak aku terus aku ambik makanan yang ada lebih bawa balik, hahaa..”

” Untung lah jadi anak Chef Wan, hahaha macam2 dibekalkannya untuk anak.. Suka tengok video ni, semoga bahagia selalu Chef Wan bersama anak2.. “

” Dato ni mulut je bebel-bebel.. Tapi hati sangat baik.. Dah namanya ayah. Tetap ayah.. Dia tetap sayang dgn anak-anak.. “

” Both anak CW ni baik2.. Mcm marahnya pak diorg kat diorg.. Diorg tak de pun kuang ajar sbb diorg je tahu betapa sayangnya CW kat diorg… Untung la dpt pak mcm CW.. “

” Parents always like that. Mula nk bagi sebalang, anak mintak, terus nah ambik la sedulang tinggal yg balang aje, hahahaa.. “

” You so funny Dato you always make me laugh.. Thank you have a blessed day.. Happy Eid Mubarak Dato and familys.. “

Bebelan Chef Wan memang mencuit hati, sehinggakan anak menantunya pun turut berdeah ketawa. Apa-apa pun selamat hari raya buat Chef Wan sekeluarga. Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna terindah buat kalian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG _chefwan58

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..