” Masuk air geng mak-mak ni, memang menghiburkan betul.. ” – Netizen

Video Telatah Sharifah Shahirah Dan Raja Azura Menyanyikan Lagu Raya Buat Ramai Terhibur. Part Last Terus Jadi Lain Liriknya, Kelakar Betul Dua Sahabat Ni !!

Kemeriahan suasana hari raya masih terasa meski pun kita telah menyambutnya beberapa hari lalu. Ramai yang berkongsi momen raya bersama keluarga serta rakan-rakan dan memuatnaik di media sosial.

Meninjau di akaun Instagram pelakon dan pengacara terkenal, Raja Azura telah berkongsi satu video yang memaparkan Raja Azura berkunjung ke rumah sahabat baiknya, Sharifah Shahirah yang juga merupakan pengacara selebriti.

Menerusi video itu, mereka telah menyanyikan lagu raya bersama dan muzik lagu tersebut dimainkan oleh anak-anak Sharifah Shahirah. Telatah Raja Azura dan Sharifah Shahirah mengundang tawa warganet.

Ada yang menyatakan rindu untuk melihat Raja Azura dan Sharifah Shahirah bersama-sama mengacara di kaca televisyen dan turut merindui lakonan mereka. Sehingga kini perkongsian video Raja Azura telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah comel dua sahabat baik ini dan menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Masuk air geng mak-mak ni, memang menghiburkan betul.. Anak-anak pun layan kan je perangai mak-mak bila menyanyi.. “

” Mmg kena makan ubat betul, hahahaa dah lain nyanyi pun.. Terlebih makan lemang ke Kak Engku, hehehe comel tengok.. “

” Terus lain lirik, awal2 dengar macam best juga.. Sekali last g tukarnya lirik hai ubat pula.. Tapi macam masuk pula lirik tu dengan tone.. “

” Rindunya nak tengok dua orang ni mengacara bersama.. Maintain cantik je Raja Azura dan Sis Shiera.. Semoga sihat2 hendaknya.. “

” Geng2 mat despatch.. Bikin reunion lah plsss.. Mat despatch lain mana kak.. Selamat hari raya Kak Engku dan Sis Shiera.. “

” Omg two big force bergabung meriahhh, selamat hari raya kak engkuu dan keluarga.. Shiera dah macam semput tu penat nyanyi, haha.. “

” Yg main drum tu kemainnnn.. The best abph host.. Hahaahhaah bila dua ni bergabung memang kelakar habis lah.. “

Alahai memang kelakar tengok dua sahabat ni menyanyi, patut lah ramai terhibur. Apa-apa pun selamat hari raya buat Raja Azura dan Sharifah Shahirah sekeluarga, semoga persahabatan kalian akan terus kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG raja_azura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..