” Atok ada saja akal nak suruh cucu balik ye.. ” – Netizen

Belikan Mainan Untuk Cucunya Bunga Elhaq, Video Jinggo Siap Menghias Taman Permainan Untuk Bunga Raih Perhatian Ramai. Wah Comelnya Bunga Rasmi Permainan Baru Dia !!

Sebelum ini ada dikongsikan di Instagram Jinggo sebuah video yang mana Jinggo membelikan permainan baru untuk cucunya, Bunga Elhaq. Jinggo menyediakan gelungsur dan juga buaian buat cucu kesayangannya itu.

Walaupun Bunga tidak tinggal bersama mereka, Jinggo tetap menyediakan taman untuk Bunga bermain apabila datang ke rumah mereka. Permainan tersebut diletakkan di luar rumah dan diletakkan di atas rumput.

Video Bunga merasmikan permainannya itu ada dikongsikan di Instagram Jinggo. Bunga diletakkan di atas buaian dan dilihat sangat comel sekali dengan gaya rambutnya diikat ke atas. Alahai, serius sangat wajah Bunga tu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dua jam yang lepas. Inilah dinamakan kasih seorang atok, untuk cucu kesayangan boleh segalanya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat gelagat Bunga. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Atok2 ada sj akai nk suruh cucu blk ye.. hihi comel bunga.. Morning tok sidang dan bunga.. Elok tegak berdiri tocang pokok nyornye omeyyyynya ciotaan Allah .. “

” Untung la Bunga…. Semua sayang Bunga…. Moga jd anak yg solehah ye Bunga berjaya dunia akhirat Aminnn.. “

” Asal muka monyok jer bunga.. nasib comel.. monyok pun comel.. Subahnallah indah kejadiannya… comel bangat ya.. “

” Bertuah sangat Bunga Elhaq.. semoga membesar menjadi insan yang sempurna di dunia dan akhirat. Sayang anak dgn cucu beza kan tok sidang.. “

” Comelnya Bunga Elhaq… Kjp je dh besar.. Cute ja rambut kelapa sawit tu – saya suka juga ikat rambut anak² masa depa kecik² dulu, gitu .. “

” Comel sungguh cucu tok sidang.. Best nya jadi Bunga.. Kebahagiaan bukan hnya kekayaan tp dikelilingi dgn insan2 tersyng pun Kebahagiaan.. “

” Allah comelnyaaaaaa.. putih melepak ana solehah.. ger4mnyaaa aunty tengok. Rasa nak pel0k2 c1um je.. Semoga jd saham cemerlang dunia akhirat ye.. Amiiin³.. “

Bunga sangat beruntung kerana dikelilingi dengan orang yang menyayanginya. Nampaknya setiap kali Bunga pulang ke rumah Atok dan Nanna, adalah aktiviti menarik buat Bunga. Semoga Bunga membesar menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..