” Ni kalau dah nak terberanak, jangan dibuat pasal bagi naik kereta ni.. ” – Netizen

Video Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Menaiki Kereta Mclaren Raih Perhatian Ramai. Sekali Nak Keluar Kereta, Tersangkut Lah Pulak. Terp4ksa Fizo Tolong Tarik Si Isteri. Maklumlah Baby Bump Pun Dah Besar !!

Meninjau ke akaun Instagram Fizo Omar, p0sting terbaru Fizo telah meraih perhatian ramai. Fizo telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan isterinya, Fazeera Nazri cuba menaiki kereta mewah Mclaren.

Kereta tersebut merupakan milik rakan Fizo iaitu Dr Hannan Yusof. Dr. Hannan telah memberi peluang kepada Fazeera untuk duduk di kerusi pemandu untuk merasai pengalaman menaiki kereta tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Fazeera terus duduk di kerusi pemandu, namun sebaliknya yang berlaku apabila Fazeera cuba keluar dari kereta tersebut. Fazeera tidak dapat bangun untuk keluar dan perlukan bantuan Fizo.

Kerusi pemandu kereta ini sebenarnya agak dalam dan ia agak sukar buat ibu mengandung untuk bangun, tambahan pula apabila perut sudah membesar. Hal ini membuatkan ramai tertawa termasuk juga Dr. Hannan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan suami dan isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Hahahaha penat gelakk btw dapat jgak ibu mengandung merasa naik kereta sport , terbaik arh dr.. adoi saya terhibur tgk Dr Gelakkk.. “

” Ni klu dh nk terberanak, jgn dibuat pasai bg naik kereta ni… Satgi jenuh dok bergaduh dgn tok laki sbb tak bole kuaq kereta.. “

” Bestnyaa dpt bergmbr kat mclaren.. Sakit pinggang woi…nk pakai seat belt pom rasa sesak nafas.. Sbb seat dia dlm tau.. “

” Gelak dr tu bikin hati ini terhibur.. masuk laju je ye.. noohhh kuar pnggil kren.. Alaa sian perut.. tak pasal pasal jadi content.. “

” Allah dr kemain lagi dia.. Dah satu hal plak.. Myvi ajerlah Abe Joe, barulah king on the road.. ┬ámasuk boleh , nak kluar susah.. “

” Selokkkkk dengar dr gelok gakkk , molek dio ngidam kete dr kkgi.. Fokus ke doc yg gelak tu.. Baik naik myxi.. “

” Alamakk tak boleh keluar laaa plk .. comel jer.. sangkut dah.. haha.. kelakar lah.. sabar je la nasib boleh keluar.. “

Nasib baik Fazeera berjaya untuk keluar dari kereta tersebut dengan bantuan Fizo. Dapat juga melepaskan rasa mengidam untuk menaiki kereta mewah. Semoga Fazeera dipermudahkan segala urusan sehingga bersalin nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..