” Steady bang, suara telan kaset. Patut masuk GV.. ” – Netizen

Video Nyanyian Secara Live Penyanyi Wan Lestari Buat Ramai Terpuk4u. Wah Lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Suara Tu Memang Tak Lari Langsung. Dah Macam Telan Kaset Lah, Memang Padu !!

Bagi yang membesar sekitar tahun 1980-an pastinya masih ingat dengan kumpulan Lestari yang mula mencipta nama pada tahun 1985. Antara lagu popular mereka ialah Mahligaimu Dari Air Mataku, Airmata Saksi Cintaku, dan Wangian Cintamu.

Meninjau ke akaun Instagram Sinar.my, perkongsian video terbaru vokalis kumpulan ini iaitu Wan Lestari sedang menyanyi secara live telah meraih perhatian ramai. Lagu yang dinyanyikan berjudul Mahligaimu dari air mataku.

Walaupun sudah sekian lama, namun suara Wan Lestari tetap seperti dahulu. Lagu tersebut dinyanyikan dengan begitu baik sekali seperti suara asalnya sebelum ini. Wah, memang suara Wan Lestari maintain dari dulu hingga kini.

Bak kata orang, suara sebegini sememangnya suara seperti ditelan kaset. Walaupun usia makin meningkat namun tenaga dan suara Wan Lestari tetap seperti dahulu. Sehinggakan ada yang mencadangkan Wan Lestari menyertai Gegar Vaganza.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terpuk4u dengan nyanyian Wan Lestari ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Mahligai mu dari airmataku.. lagu favourite.. sama suara macam dalam kaset.. Lagu yg penuh ceritanya, semuga ada rezeki utk Lestari.. “

” Perghh, lagu zamanku diri ku bbnu, frust men0nggeng put0s cinta dulu dulu. Kes1an kat teh o kat blkg tu tak de sapa layan dia.. “

” Baru ni kumpulan Lestari buat konsert kt std batu kawan dia nyanyi semua lagu h1t kumpulan lestari suara penyanyi dia mmg mcm telan kaset… Sebijik mcm lagu original… “

” Tak lari tempo lgsg. Puas hati tgk konsert depa. Lagu2 lestari budak2 muda pn pandai nyanyi ooo sbb selalu kluaq kt radio.. “

” Tak sangka rupanya pakcik ni artis.. Aku selalu gak jumpa dia.. Tp ingat pakcik2 biasa la.. Ramai juga la aku jumpa pastu tgk dalam socmed rupanya artis otai.. “

” Steady bang. Tangan dalam poket jo ha.. lagu telan kaset.. patut masuk gv.. Walaupun ia bersahaja Nyayi tetap menjiwai lagu… tu name nye seni.. “

” Mahligaimu Dari Airmataku.. sed1h weh lagu ni.. Aku membesar dgn lagu jiwang karat ni.. otai masih berbisa chiok Wan Lestari.. “

Tidak dinafikan suara Wan Lestari masih maintain seperti dahulu. Mana tahu tahun depan boleh join Gegar Vaganza. Semoga Wan Lestari berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar.my, Wan Lestari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..