” Cik Yam berkepit je dengan adik Khaleeda ni, penyayang sangat Cik Yam.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Kesyukuran Fizo Omar Dan Fazeera Raih Perhatian. Gelagat Maryam Tak Nak Berenggang Langsung Dengan Baby Khaleeda Tu Comel Sungguh. Sayang Sangat Cik Yam Pada Adik Tu !!

Semalam Fizo Omar telah pun mengadakan satu majlis kesyukuran bertempat di Tijani Ukay. Majlis ini selain dihadiri ahli keluarga turut diserikan lagi dengan kedatangan rakan-rakan artis dan teman rapat Fizo.

Antara yang hadir adalah Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida. Meninjau akaun Instagram Dato’ Aliff, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Aliff bersama Fizo dan 2 anaknya, Wan Maryam dan Wan Khalida.

Kata Dato’ Aliff, Khaleeda comel sekali dan mirip dengan muka uminya. Dato’ Syukri turut berseloroh dengan Fizo dan Fazeera mengatakan pasangan ini perlu ada 7 anak dan mengatasi Datin Shahida yang telah mempunyai 6 orang anak.

Telatah Maryam yang tidak mahu berenggang dengan Khaleeda kelihatan comel. Dipegang kaki adiknya itu dan dikuc0p berkali-kali. Hai lah Cik Yam, penyayang sangat terhadap adik. Untunglah Khaleeda ada kakak seperti Maryam.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Fizo di Instagramnya yang memperlihatkan suasana sekitar majlis tersebut. Keluarga yang sempurna, sejuk mata memandang Fazeera berhijab. Cantik si ibu, anak-anak pun comel belaka.

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Sehingga kini, perkongsian oleh Dato’ Aliff ini telahpun meraih lebih 7 ribu tanda suka sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen warganet :

” Cantik Khaleeda sebijik umi dia. Eeii comel dooh baby tu, cik yam pun cute miut ger4m tengok 2 beradik ni.. “

” Ee lawa betul anak Fizo nombor 2 ni. Nampak Maryam ger4m dengan adik dia, penyayang sangat cik yam ni.. “

” Comelnya anak Fizo ni, putih melepak. cik yam berkepit je dengan adik khaleeda ni. tak benti c1um pegang adik tu. kakak yang penyayang sangat.. “

Maryam macam muka Fizo, Khaleeda pula muka Fazeera, kakak dan adik dua-dua comel sangat. Ini besar nanti tentu kamcing dan ke mana-mana berdua nanti. Boleh tahan melayanlah Fizo apabila ada 2 anak dar4 dalam rumah, hehe.

Semoga Maryam dan Khaleeda membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapa serta insan yang tinggi budi pekerti dan berakhlak mulia apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliff Syukri, IG Fizo Omar, IG Fazeera Nazri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..