” Fuyoo yang ni memang valel lah, Dayyan macam Tomok dulu-dulu.. ” – Netizen

Video Anak Black Hanifah, Khaleef Dayyan Sedang Rekod Lagu Di Studio Raih Perhatian Warganet. Wow Padu Lah Dayyan, Ini Memang Valel Lah Dayyan. Suka Tengok Cara Black Ajar Dayyan Cara Menyanyi Tu !!

Black Hanifah merupakan antara artis yang terbuka dalam berkongsi kisah keluarga. Black juga sering berkongsi video aktivitinya bersama keluarga terutama berkaitan anak sulungnya, Khaleef Dayyan atau mesra dipanggil Dayyan.

Jangan tak tahu, meskipun Dayyan masih kanak-kanak, namun Dayyan turut mempunyai peminatnya tersendiri. Selain telatahnya yang lucu, gelagat Dayyan yang bercakap kadang-kadang pelat membuatkan ramai terhibur. Paling diingati ramai apabila Dayyan menyebut perkataan viral sebagai ‘ valel ‘, sudah macam trademark Dayyan.

Terbaru meninjau di akaun Instagram Black, telah berkongsi satu video yang memaparkan Dayyan sedang merakamkan lagu terbaru di sebuah studio. Difahamkan lagu tersebut merupakan gandingan antara Dayyan dan Black.

Ada yang menyatakan melihat gelagat Dayyan dalam video seperti kemunculan awal Tomok ketika dalam kumpulan New Boyz. Sehingga kini, video gelagat Dayyan sedang menyanyi telah menerima lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian oleh Black dan pelbagai respon telah diberikan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Fuyoo yang ni memang valel lah, Dayyan macam Tomok zaman New Boyz dulu-dulu ekk. Dah besar pun Dayyan.. “

” Long time waited to see Dayyan singing. Woww Heres it go talented boy Dayyan gd job one day u ll be a star dear As shaa Allah, love u Dayyan.. “

” Comel budak ni. Good luck Dayyab, ni memang valel lah eh. Suara Bapaknya diidolakan, apalagi anaknya. Hebat korang.. “

” Hahahahhahaa perang4i la kau ni Black, nasib dia ikut je ckp bapak dia hahahaha. Tahniah Dayyan, cayalah.. “

Sejak kecil lagi Dayyan sudah menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian. Malah sebelum ini pernah dikongsikan oleh Black video Dayyan telah menyanyikan beberapa buah lagu. Sedap suara Dayyan, memang mewarisi bakat daripada ayahnya.

Selain suka menyanyi, anak teruna Black ini juga meminati sukan permotoran. Apa-apa pun semoga Dayyan terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya dan berjaya pada masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG black.hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..