” Comel je daddy Talita cakap Melayu. Sedap dengar Malay accentnya.. ” – Netizen

Video Suami Raja Ilya, Trent Garrett Bercakap Dalam Bahasa Melayu Bersama Anak Mereka, Talita Love. Wah Best Dengar Daddy Talita Cakap Melayu, Tiada Slang Mat Salleh Pun. Talita Pun Macam Faham Je Apa Daddy Cakap, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram Raja Ilya, perkongsian video yang memaparkan suaminya bercakap dalam bahasa Melayu telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui yang suami Raja Ilya iaitu Trent Garrett merupakan seorang yang berbangsa Inggeris.

Dengan kapsyen yang ditulis Raja Ilya menyatakan hari ahad merupakan hari bercakap dalam bahasa Melayu, Trent telah mencuba untuk bercakap dengan anaknya, Talita Love dalam bahasa Melayu.

Trent telah bertanya kepada Talita iaitu ‘ Talita nak apa? ‘ dan ‘ Talita nak susu? ‘ di mana Talita pada ketika itu berada di dalam stroller. Talita juga seperti seolah-olah faham apa yang ditanya dan memberi respon dalam bahasa bayinya.

Ramai yang memuji Raja Ilya yang masih memartabatkan bahasa Melayu walaupun berada jauh di bumi Australia. Mereka juga kagum dengan suami Raja Ilya yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ada yang ingin mendengar lagi suara Trent bercakap dengan lebih banyak dalam bahasa Melayu. Antara komen-komen yang diberikan :

” Saya terhibur mendengarnya, well done daddy.. Soo cute Talita macam faham ha daddy dia cakap ape.. “

” Haha, comel je nak apa.. very humble couple.. terpaling malay.. Haha muka bangga dpt ckp bm…. cute je.. “

” Teliter.. mcm sebutan jelite nk syusu.. good job.. mertabatkn bangsa melayu jua.. Skali taliter jawab sy nak makan nasi lemak.. “

” Comel je daddy talita cakap melayu.. sedap dgr.. malay accentnya.. Bunyi soft je.. sedap degar.. Mantaaaappp daaahh bisa bahasa melayu.. “

” Suruh ur hubby ckp BM lgi sis. Best lak dgr .. how sweet.. is it hard for him to speak in bahasa? or dia dah biasa cakap dah? “

” Handsome ur hub’s kal4h Tom Cruise beb  hihi .. Love this video, love to see more of this Malay speech training of your spouse and baby .. “

” So sweet soft je daddy bercakap melayu.. Pandainya cakap melayu.. Daddy look so proud can communicate in Malay with Talita.. “

Trent juga dilihat sangat bangga selepas berjaya bercakap dalam bahasa Melayu. Dapat dilihat Raja Ilya juga turut mendidik anaknya untuk mengetahui bahasa Melayu selain bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pertuturan mereka seharian. Tahniah diucapkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..