” Cute part m4lu-m4lu tu, dah besar pun dia.. ” – Netizen

Amyra Rosli Kongsi Video Anaknya, Aqeef Anaqi Menyanyi Live Dalam Satu Program TV Raih Pujian Warganet. Alahai Comel Lah Anaqi Menyanyi, M4lu-M4lu Pulak Dia !!

Meninjau di akaun Instagram pelakon cantik, Amyra Rosli telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama suami, Amar Baharin dan anak sulungnya, Aqeef Anaqi dalam satu temubual di televisyen.

Dalam temu bual itu, Amar telah diminta untuk menyanyi sedikit dan kelihatan Anaqi seperti m4lu-m4lu. Namun begitu, Anaqi tetap menyanyi sambil mukanya sedikit tunduk. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan yang Anaqi menunjukkan minat terhadap bidang seni dan mewarisi bakat seni seperti kedua orang tuanya. Selain itu, ada juga yang memuji suara Anaqi begitu comel ketika menyanyi.

Di ruangan kapsyen, Amyra turut bertanyakan pendapat kepada warganet berapa bintang yang harus diberikan kepada Anaqi menerusi hasil nyanyiannya itu. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gelagat comel Anaqi dalam video. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Cute part m4lu-m4lu tu, dah besar pun dia, kejap masa kan, hehe. Makin handsome anak teruna Aamyra dan Amar. Memang berbakat lah Anaqi dalam bidang seni, mewarisi daddy dan mummy.. “

” Comey dia nyanyi. Bila Anaqi nyanyi, kepala anty pulak yg dok terbayang budak laki yg joget2 baju dia tukar2 warna tu, hehee.. “

” Anaqi yang menyanyi, anak aku yg 11 bulan ni yang berjoget ikut rentak die nyanyi, alahai comel betul tengok Anaqi nyanyi, ada bakat lah Anaqi.. “

” 5 bintang uncle bagi untuk Anaqi, berani walaupun m4lu2. Good job Anaqi, nanti boleh berlatih lagi nyanyi depan orang ramai.. “

” Ya Allah comel nya muka malu2 gitu, sempoi je semua tep0k tangan tengah Anaqi nyanyi, hebat lah Anaqi.. “

” Comel, alah napa tak habiskan lagu tu, hehe makcik tengah layan dengar Anaqi nyanyi. 8 bintanga makcik bagi.. “

” So cute, 10 bintang untk Anaqi sebab cute sangat. Dah besar Anaqi ye, dah tahu m4lu2 pun dia, hehee.. “

Bagi yang mengikuti perkembangan Anaqi sejak kecil, Anaqi merupakan antara anak selebriti yang menjadi tumpuan di media sosial kerana memiliki wajah yang comel dan sering kali menjadi duta pelbagai produk. Apa-apa pun semoga Anaqi terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..