” Pak Jabit dah tutup warong, dapat keja dekat McDonald’s pulak.. ” – Puteri Lilly

Video Aziz M. Osman Sedang Bermain Permainan Cashier Buat Ramai Terhibur. Amboi Pak Jabit, Tengah Kira Duit Sales Ke Tu. Comel Pulak Tengok, Haha !!

Nama Aziz M. Osman memang dikenali ramai. Bukan sahaja bergelar seorang pelakon, malah Aziz juga antara pengarah dan penerbit filem. Filem-filem arahan Aziz mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.

Selain itu, antara lakonan Aziz yang membuat para penonton terhibur adalah wataknya sebagai Pak Jabit dalam filem arahan arw4h Mamat Khalid iaitu Kampung Pisang. Bahkan ada satu babak lakonan Aziz bersama Afea Deanna (Yah Kuchai) telah menjadi viral.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Aziz, Puteri Lilly telah berkongsi satu video yang memaparkan Aziz sedang bermain permainan cashier. Menerusi kapsyen, Puteri Lilly menyak4t suaminya itu sudah menutup warong dan sekarang sudah bekerja di McDonald’s.

Ketika video dirakam, sempat Aziz berkata dia sedang sibuk mengira duit yang banyak ada pada permainan cashier tersebut. Hingga kini, perkongsian video itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan usikkan Puteri Lilly terhadap Aziz. Antara komen-komen menarik adalah :

” My lagend FEN0MENA, Mee rebus kuah laksa bungkus makan sini satuuuu, hahaahha memang tak boleh lupa.. “

” Ad0iii Pak Jabit ni, sebuk betul ye kira duit, halus betul duit tu. Terjeb4k juga Pak Jabit dengan mainan alah ni.. “

” Kenapa mak apak pun terjeb4k, hahahaha haiyoooooo. Hahahahah macam2 la husband you sekarang ni.. “

Amboi bukan main khusyuk Aziz tengah kira duit permainan cashier tu, sampai tak sedar pun isteri tengah record video. Memang menarik permainan tersebut, patut lah sampai sekarang asyik habis stok sahaja, hehe.

Untuk sekadar info, Aziz yang juga merupakan anak kepada penyanyi veteran Allahyarh4m M. Osman ini telah memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Allahyarh4m Dato’ Jamil Sulong.

Silakan SHARE..

Sumber : IG puterilillylokman, azizmosman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..