” Tak kisah lah lupa lirik, confident tu yang penting.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Menyanyi Lagu Dalam Gerimis, Nyanyian Asal Kumpulan Visa Buat Ramai Terhibur. Suara Dah Sedap Tetapi Lirik Main Hent4m Jer. Selamba Je Nyanyi, Memang Confident Habis !!

Pelakon dan pelawak, Jep Sepahtu sememangnya seorang yang sangat berbakat dalam menghiburkan ramai. Ada sahaja lawak Jep yang sering membuatkan ramai tidak kering gusi. Jep mempunyai bakatnya yang tersendiri.

Meninjau ke akaun Instagram, Jep telah berkongsi sebuah video nyanyiannya. Video tersebut merupakan video Tik T0k milik Jep dan sempat lagi bergurau agar video ini akan menerima ‘ singa ‘ daripada pengikut akaun Tik T0knya.

Ramai memuji bakat nyanyian Jep kerana Jep memiliki ton suara yang sedap. Walaupun dengan gaya nyanyiannya yang santai sambil duduk di atas sofa, suara Jep tetap mantap. Namun apabila diteliti, lirik lagu tersebut nampaknya berbeza daripada lagu asal.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 20 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Walaupun lirik yang dinyanyikan salah, apa yang penting gaya Jep yang tetap confident membuatkan ramai tidak perasan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang bergurau dengan memberi ‘ singa ‘ kepada Jep. Antara komen-komen lain yang diterima :

” Pot0ng betul bile tngh layan nyanyi tetibe Ade org nyanyi salah lirik.. Bang jep mmg tak pernah mengecew4kan lah ahh mantapp.. “

” Nyanyi biasa biasa sambil berdiri santai jer pun dah buat orang nak happy pusing 360°. Hahaha.. jep you mmg real punya penghibur. Lawak tak perlu buat buat .. itu yg mahal.. cayalah.. “

” Aku yg salah nyanyi ke atau jep yg salah lirik ? sedap suara jep kalo lagu2 santai mcm ni.. Klau karok wajib arr lagu ni.. “

” Jep tak salah.. lirik tu yg salah adoii.. hahaha…. tak kesah la lupa lirik kompiden tu yg penting.. mantap tapai.. “

” Memang suka nyanyi ek.. Ingtkn nko nk sebut ‘andai dibiarkan ia usang, usah lg kita mungkir’.. Blh jdi special guest untuk zamani konsert.. “

” P0wer s1ot.. Mesti abg jepsepahtu selalu nyanyi kat wife kan… sweet gitu.. nah tiga ekor singa sebagai free gift.. “

” Abang nak jaga singa.. best la suara.. Terbaik… tiket sepahtu reunion serendah rm20.. lupa lirik pun layannnn.. “

Memang tidak dinafikan Jep memiliki suara yang sedap dan boleh menjadi penyanyi. Semoga Jep terus berjaya dalam industri hiburan dan sentiasa tidak jemu menghiburkan ramai dengan lawak-lawak Jep yang tidak kering gusi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..