” Aku pulak yang seb4k, macam ni baru betul sambutan birthday.. ” – Netizen

Video Kej0tan Sambutan Ulangtahun Kelahiran Nabil Ahmad Buat Warganet Tersentuh. Betul-Betul Terkej0t Nabil, Terharu Ada Kawan-Kawan Macam Ni !!

Hari ini tanggal 26 September merupakan ulangtahun kelahiran pengacara, pelawak dan penyampai radio Era, Nabil Ahmad. Jika minggu lalu, team 3 pagi Era membawakan Elly Mazlein ke konti sebagai hadiah hari lahir, hari ini lebih special untuk birthday boy.

Meninjau akaun Instagram Era.je, telah dikongsikan video-video yang memaparkan Radin dan Azad membawa Nabil ke sesuatu tempat. Sebagaimana hajat Nabil, sahabat sekerjanya ini membawa Nabil ke Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.

Inilah sambutan hari lahir paling istimewa buat Nabil, dapat berkongsi rezeki dan memberikan sedikit kegembiraan buat adik-adik di situ. Terharu sehinggakan Nabil mengesat matanya apabila adik-adik ini menyanyikan lagu selamat ulang tahun buat dirinya.

Turut sama kelihatan isteri Nabil, Zira Ayub. Lebih menarik majlis ini, dengan juadah yang menyelerakan buat semua, sumbangan juga diberikan untuk semua adik-adik ini. Suasananya seperti majlis hari raya sahaja.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada peminat. Ada yang suka dan tidak kurang juga yang tersentuh hati melihat cara hari lahir Nabil disambut. Antara komen-komen peminat :

” Ini rare macam Rumah Terbuka Hari Raya. Best ooo. Indahnya dpt memberi mcm Haji nabil. Kite yg nang1s.. “

” Alhamdulillah Semoga nabil dan rakanĀ² yg lain dimurahkan rezeki selalu. Seronok tgok nabil yg sekarang.. “

” Alhamdulillah.. semoga nabil dan zira dilimpahi rezeki seperti air yg mengalir yg tiada putus nya.. “

” Happy birthday Nabil Ahmad moga dlm lindungan allah selalu. Alhamdulillah, menyantuni anak-anak ni.. “

” Kenapa aku yg sebak. Alhamdulillah. sahabat setia hngga ke Jannah… niat murni ini mudah2an mndapat limpahan kurnia Dari ALLAH SWT… Aamiin… Aamiin.. SELAMAT HARI LAHIR NABIL.. “

” Seb4k bila kawan-kawan tunaikan hajat dan keinginan kita.. Happy Birthday Nabil nabilzira . May Allah bless you always.. “

” MasyaAllah. Seronok. Hebat hajat orang-orang hebat ni. Selamat Hari Lahir Haji nabilzira. Macam ni baru betul sambutan birthday, berkongsi rezeki Alhamdulillah.. “

” Aku pulak yang seb4k, terharu ada kawan-kawan macam ni. Alhamdulillah. Sanah helwah hj nabil.. “

Alhamdulillah rezeki dikongsikan bersama dan tentu jauh di sudut hati adik-adik ini merasai disayangi apabila Nabil, Zira dan seluruh team Era menyantuni mereka sebegini. Selamat hari lahir Haji Nabil, semoga dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah selalu dan kebahagiaan dunia dan akh1rat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..