” Baba jalan sana sini macam orang perempuan.. ” – Jebat Jayden

Video Gelagat Jebat Jayden Menemani Babanya, Sharnaaz Ahmad Shopping Yang Mencuit Hati. Amboi Jebat, Comel Betul Membebel Macam Mak-Mak. Dah Kena Setepek Baba, Hehe !!

Keakraban antara Sharnaaz Ahmad dan anak tunggalnya, Jebat Jayden memang diketahui oleh semua peminat. Setiap kali mereka bersama, pasti ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan dan selalunya video Jebat akan dirakamkan.

Meninjau akaun Instagram Srikandi, telah dikongsikan satu video yang diambil dari Instastory Sharnaaz. Kelihatan Jebat sedang berjalan bersama-sama babanya ini di sebuah pasaraya dan Sharnaaz memegang sebuah bakul.

Jebat juga turut membantu Sharnaaz dengan memegang pemegang bakul tersebut. Ketika Sharnaaz bertanyakan kepada Jebat sama ada Jebat sedang shopping ke, Jebat mula membebel panjang kepada babanya ini.

Ayat Jebat memang tak pernah tak lawak. Mengatakan kepada babanya itu seperti perempuan kerana berjalan ke sana ke sini mencari barang. Ad0ilah Jebat, buat Baba mengucap panjang ni. Nama pun shopping, memang banyak lah kena pusing mencari barang, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Untuk makluman, Jebat baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun pada 30 Ogos yang lalu. Lebih istimewanya, Jebat berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Sharnaaz. Fiderman baba dan mommy yang semakin banyak celoteh dan akal.

Comel Jebat membebel pada baba. Perempuan pun perempuanlah Jebat asalkan misi shopping berjaya. Semoga Jebat terus menjadi pendamping setia baba, anak yang soleh serta berbakti kepada kedua ibu bapa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi.79, IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..