” Cantiknya Adira, preggy pun berseri.. ” – Netizen

Video Terbaru Adira Suhaimi Yang Sedang Sar4t Mengandung Raih Perhatian Ramai. Dah Sar4t Pun Tetap Cantik Dan Berseri Ibu Mengandung Ni !!

Umum sudah mengetahui yang penyanyi, Adira Suhaimi kini sedang mengandung anak yang keempat hasil perkongsian hidupnya bersama Datuk Seri Adnan Abu. Tiga cahaya mata mereka sebelum ini diberi nama Anggrek, Asan dan Anggun.

Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian video terbaru Adira telah meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 400 tanda suka sejak ia dimuatnaik. Adira dilihat tetap anggun walaupun kandungannya semakin membesar.

Adira dijangka akan melahirkan cahaya matanya ini pada sekitar penghujung bulan September atau pun awal bulan Oktober. Ini bermakna Adira hanya menunggu masa sahaja untuk menimang cahaya matanya ini.

Walaupun mengandung, ia tidak menjadi satu masalah buat Adira untuk tetap tampil cantik. Pemakaian Adira juga sangat sopan dan sesuai dengan ibu mengandung. Sangat manis dan sejuk mata memandang.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, penampilan Adira menerima pujian ramai kerana nampak sangat berseri. Antara komen-komen yang diberikan :

” Berseri sguh mami ni.. Suka sgt tgok adira… fesyen adira semua ctik2.. love u.. semoga Allah permudahkan urusan adira.. “

” Cantiknya adira.. Preggy pun berseri.. Dimana bolih dapt kn jenis pin tudung huruf tu.. mesti baby boy ni.. “

” Adira mengandung lagi ke.. baju beli mana ? cantik cantik.. suka tengok adira.. Alhamdulillah cantik tutup aurat.. “

Sekadar info, Adira merupakan artis kelahiran program realiti televisyen iaitu Akademi Fantasia Musim ke 8. Menerusi program ini, Adira telah dinobatkan sebagai naib juara dan berjaya membina nama sehingga kini.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga urusan Adira Suhaimi untuk menerima cahaya mata keempat ini dipermudahkan sehingga ke saat bersalin nanti. Semoga semuanya selamat dan sihat hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..