” Terer anak lu der, Andra memang power goreng.. ” – Netizen

Video Anak Aqasha, Alehandra Ahmad Bermain Gitar Raih Perhatian Peminat. Wah Cara Dia Petik Gitar Tu, Bukan Kaleng-Kaleng. Hebat Lah Andra !!

Siapa tidak kenal dengan pemilik suara lagu soundtrack filem Embun, Aqasha. Suara husky yang dimiliki oleh Aqasha menjadikannya salah seorang penyanyi lelaki yang digemari oleh ramai peminat pada zaman kegemilangannya.

Aqasha juga aktif sebagai seorang pelakon dan sudah banyak drama yang dilakonkannya. Meninjau akaun Instagram Aqasha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak lelakinya, Alehandra Ahmad atau dipanggil Andra sedang bermain gitar.

Sebagaimana ayahnya, Andra juga memiliki bakat bermain alat muzik ini. Rancak sungguh petikan gitar Andra, sedap didengar dan seperti orang profesional. Di ruangan kapsyen pula, Aqasha mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Andra.

Coretan nasihat daripada seorang ayah untuk anak yang penuh bermakna ditulis dan antara yang disebut Aqasha adalah tentang kehidupan. Sekali melangkah ke hadapan, jangan sesekali bergerak ke belakang dan teruskan bergerak.

Jom tonton video di bawah :

Andra juga diingatkan agar tidak sibuk menjaga hal orang lain dan menghadapi kehidupan ini dengan senyuman. Posting ini mendapat perhatian dan antara komen-komen peminat :

” Terer anak lu derr, fire fo the talent and the birthday wish. Hebatlah Andra, Happy birthday Andra.. “

” Happy birthday handsome boy, Andra si guitar hero. Amazing semoga menjadi anak yang soleh.. “

” Happy birthday andra. Uncle nak cakap satu je. Andra memang power goreng. Respect.. “

” Boleh hantar masuk sekolah seni ni bro… form 1 nanti. hebatnya Andra main gitar, happy birthday Andra.. “

” Selamat hari lahir Andra, sama hebat macam ayahnya juga. Semoga umur yang telah berlalu diampuni & semoga usia yang berbaki diberkati. Dirgahayu. InsyaAllah.. “

Baru berusia 11 tahun sudah sehebat ini Andra bermain gitar. Andai terus diasah bakat seninya itu, tidak mustahil Andra boleh mencipta nama dalam dunia hiburan tanahair. Mungkin selepas ini boleh Andra bermain muzik dan ayah pula menyanyi, tentu gemp4k.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Andra. Semoga bertambahnya usia, Andra dikurniakan oleh Allah kebijaksanaa akal fikiran dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqasha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..