” Hebat nyanyi selawat versi rock, memang versatile.. ” – Netizen

Video Persembahan Dato’ Awie Mengalunkan Selawat Dalam Versi Rock Dengan Caranya Tersendiri Raih Pujian Peminat. Rock Namun Diselit Unsur Ketuhanan, Terbaik Lah Dato’ Awie !!

Meninjau akaun Instagram Gegar.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Awie bersama anggota Wings yang lain membuat persembahan dalam sebuah konsert. Dato’ Awie yang sentiasa committed dalam kerjanya ini mempamerkan persembahan yang mantap dan terbaik.

Suara Dato’ Awie menjadi tumpuan, sejak dahulu sehingga kini tetap sedap dan maintain sahaja. Jika selalunya Dato’ Awie menyanyikan lagu-lagu hits yang pernah menaikkan nama Wings di serata negara, kali ini sedikit berbeza persembahannya.

Mengalunkan selawat tetapi dalam versi irama rock, peminat memuji suara Dato’ Awie. Alunan suara Dato’ Awie yang merdu membuatkan ramai yang tertarik. Rockers rockers juga namun diselitkan unsur ketuhanan buat penonton-penonton.

Jarang sekali kumpulan Wings membawakan lagu nasyid. Memetik kata peminat, seronok dan sedap juga mendengar Awie menyanyi sebegini. Lain daripada yang lain, dato’ Awie memang awesome sangat.

Jom tonton video di bawah :

Tumpuan peminat tertumpu kepada Dato’ Awie dan antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca Berita Kopak :

” Mantap sora dato.. Walaupun dah cecah 50..tp vokal. Mantap. Best, sedap utk ddengar .terus sampaikan Dakwah.. “

” Haha mantap… Lul0h jiwa rock klu masuk nyanyi kelantan.. Confirm tema islamik. nasyid versi rock, best gak dengar.. “

” Awie pandai mngaji quran. Sbb tu suara dia sentiasa sedap dan ada dengung, sedap merdu suara awie mmg lain mcm. Siap ada idgham lagi bila dia nyanyi. Nak2 lagi klu tiap2 mlm dia ngaji / baca quran. Pernafasan mmg cantik dn terkawal.. ”

” Alhamdulillah… my idola terbaiklah Wings. Rasa insaf jap akh1r akh1r tu. Dah minat wings dari tahun 1988 lagi.. “

” Selawat tafrijiyyah versi rock, terbaiklah Dato’ Awie. Suara dato’ Awie mantap selalu dari dulu sama je.. “

” Rock nasyid, nyanyi lagu nasyid pun best dato’ Awie ni. Memang versatile suara padu macam dulu-dulu je.. “

” The best rockers, awie memang artis serba boleh. Hebat nyanyi selawat ni versi rock, best dengar menginsafkan.. “

Alhamdulillah Dato’ Awie dan sayap-sayap Wings semakin aktif dalam siri roadtour mereka. Semoga Dato’ Awie dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan dapat terus menghiburkan peminat-peminat dengan suara emasnya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Gegar.my, IG Jentikhati, IG Awie, Tik T0k Ariffff.co

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..