” Comel, pandai cakap dah ye.. ” – Netizen

Video Anak Jehan Miskin, Axel Nova Rhee Yang Kini Sudah Pandai Bercakap Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Suara Axel Bercakap, Lepas Ni Mesti Pandai Cakap Korea Pula !!

Meninjau ke akaun Instagram Jehan Miskin, video terbaru anak Jehan iaitu Axel Nova Rhee yang kini sudah pandai bercakap telah meraih perhatian ramai. Axel sudah pandai beberapa perkataan seperti pizza, appa dan amma.

Sebagai bapa pastinya perkembangan anak sudah pandai bercakap merupakan sesuatu yang menggembirakan. Dapat dilihat Jehan begitu gembira apabila Axel berjaya menyebut setiap patah perkataan dengan betul.

Axel merupakan bayi yang mempunyai dar4h kacukan Korea di sebelah ibunya, Julie Camelia Rhee Abdullah. Kehadiran Axel selepas 7 tahun Jehan dan isteri mendirikan rumah tangga sememangnya dinantikan dan kini menjadi penyeri kehidupan mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video Axel ini telah menerima lebih daripada 3 ribu tanda suka daripada warganet. Perkataan pertama yang disebut Axel pastinya merupakan makanan kegemaran Axel kan.

Jom tonton video di bawah :

Selain itu, ramai yang menyatakan rasa rindu untuk melihat Jehan kembali berlakon. Antara komen-komen yang diberikan :

” Aaawwww dia sebut yg essential in his life je babe.. Haih cute tul. mcm cina ikut mata pak.. comel lah axel ni.. “

” He got his priorities right.. Bet u he can say Oppa.. super adoreable.. Muka Korea betul anak dia. Lama tak tgok jehan berlakun.. “

” Comel.. pandai cakap dah yew.. oppa oppa sangat besar ni nanti.. So cute… teach him korean.. handsomenya axel.. “

” Korean face betul, comel.. Bang jehan..berlakon la lme tak msk tv.. sure rmai rindu nak tngok abang berlakon.. “

” So comel bang.. Wow baby yang comel tu… jehan. Semoga bahagia hingga ke jannah.. Jehan pn dh mcm org jepun mukanya.. “

Pastinya Axel nanti akan fasih sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Korea. Tidak sabar pula untuk mendengar Axel bercakap dengan ibunya dalam bahasa Korea.

Untuk rekod, Axel dilahirkan pada Februari 2021 dan kini sudah pun berusia setahun lebih. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Axel Nova Rhee membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibubapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jehan Miskin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..