” Baru pertama kali tengok, cantiknya Sultanah Nur Diana.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Dan Video Kemunculan Kali Pertama Sultanah Kelantan, DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Raih Perhatian Warganet. Wah Cantik Dan Ayu Berbaju Kurung, Tinggi Lampai Sultanah !!

Semalam menjadi detik bersejarah buat Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan ( PKDK ) apabila Sultanah Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap ahli-ahli pertubuhan ini.

Meninjau akaun Instagram Istana Kelantan, beberapa keping gambar yang memaparkan suasana ketika majlis berlangsung dimuatnaik. Ini merupakan kemunculan kali pertama Sultanah Diana selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkannya sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos yang lalu.

Menurut Portal Kosmo, rombongan PKDK diketuai oleh Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, Yang Mulia Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz. Tengku Sri Kelana D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah juga turut hadir.

Pastinya wajah Sultanah menjadi perhatian terutamanya untuk rakyat Kelantan. Manis dan ayu Sultanah Diana dalam busana kurung moden dan berselendang. Sultanah Diana turut menghadiahkan cenderamata untuk ahli yang hadir.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Ini pula perkongsian di Instagram Datuk Seri Raja Rezza atau dikenali sebagai Shah Rezza di kalangan orang seni.

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada ramai warganet. Pujian diberikan untuk Sultanah Diana kerana rupanya yang jelita itu. Antara komen-komen mereka :

” Sultanah Kelantan Queen Nurdiana Daulat Tuanku . Beautiful lady, The Very Gorgeous HerMajesty QueenNurDiana.. “

” Baru pertama kali tengok, cantiknya Sultanah Diana. Alhamdulillah junjung kasih, daulat tuanku.. “

” Wow cantik Sultanah Kelantan, ayu nampak Sultanah Nur Diana berbaju kurung dan berselendang.. “

” Wah comel sultanah kito, syukur alhamdulillah. Menjunjung kasih DYMM Sultanah Nur Diana Petra.. “

Akh1rnya dapat juga rakyat melihat kejelitaan Sultanah Nur Diana yang berjaya menawan hati Sultan Muhammad V. Ahli-ahli rombongan juga kelihatan gembira dan ceria dapat bertemu Sultanah Nur Diana.

Sepadan Sultanah Nur Diana dan Sultan Muhammad V, bagi pinang dibel4h dua. Semoga Sultanah Nur Diana sentiasa dalam lindungan Yang Esa dan ikatan perkahwinan Sultan dan Sultanah dalam rahmat Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Kelantan, IG Shahrezza61, Portal Kosmo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..