” Fuh meeting pun kelakar Jep ni, projek mega nampaknya.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Berbincang Dengan Illya Cur1 Perhatian Peminat. Wah Nampak Hint Sesuatu Lah Atas Meja Tu. Bakal Ada Surpr1se Daripada Sepahtu Reunion Live 2022 Ni Nampaknya. Mesti Ramai Yang Tak Sabar !!

Hari Khamis sememangnya menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh peminat Sepahtu Reunion Live. Sitcom Sepahtu ini berjaya menghiburkan tidak hanya penonton di auditorium, malah penonton di rumah juga. Setiap minggu pasti ada sahaja lawak yang menggeletak hati peminat.

Meninjau akaun Instagram Jep Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep sedang berbual bersama Pak Ya. Di hadapan Jep, kelihatan beberapa keping kertas yang menunjukkan lakaran lanskap seperti susun atur kerusi.

Pada setiap kertas itu juga tertulis nama negeri antaranya Kedah dan Terengganu. Wah nampaknya Sepahtu Reunion ada planning besar untuk para peminat mereka kali ini. Sesuatu yang gempak dan projek mega sangat ni.

Kapsyen Jep juga ringkas sahaja berbunyi ‘ Diizin tuhan bersua kita ‘ dan nama Pak Ya, Rahim dan Ebby Yus di tag pada posting tersebut. Ramai peminat yang meneka Sepahtu Reunion bakal membuat roadtour.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Jep ini telahpun mendapat lebih 11 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Shuib pair dengan jep pon dah lawak.. tambah pulAk Pak ya dengan ebby yus melet0p kaw sepahtu.. “

” Sepahtu reunion live nak buat tour eh wahh, Melaka jangan lupa ye. Tak sabarnya nak tengok.. “

” Johor confirm ada yeayyy. tahniah tahniah, roadtour tu. Alhamdulillah mantap, moga sepahtu reunion tetap maju.. “

” Wah macam nak buat rumah banglo haha. Tak sabar nak tengok live esok, kot ada pengumuman special hehe.. “

” Pergh buat tour ni, mantap seyh. Nak Shuib ada sekali, Astro ambil la Shuib balik. Mesti lagi gamat.. “

” Pergh bukan biasa-biasa buat concert comedy ni. Yeay Melaka dalam list, bestnya dapat jumpa live Jep and geng.. “

” Wow sepahtu reunion nak buat tour la, best best. Gaya Jep tu macam nak buat rumah eh haha.. Da mcm architecture.. Projek mega ni.. “

” Apalagi bro…. Satu Kali Buat Sepahtu reunion Konsert laa. Yihaa Sepahtu Reunion Live TOUR. Tak sabar nk jumpa bang Jep.. “

” Fuh meeting pun kelakor Jep ni, projek mega nampaknya. Melompatlah peminat Sepahtu Reunion kalau menjadi projek ni.. “

Wah semakin melebarlah sayap Sepahtu Reunion andai perancangan Jep dan kawan-kawannya ini berjaya. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada team Sepahtu Reunion. Apa-apa pun, semoga maju jaya selalu Jep, Rahim, Ebby dan Pak Ya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu, IG Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..