” Cantik view rumah kak Zulin ni, macam overseas.. ” – Netizen

Kongsi Video Masakan, Namun Permandangan Rumah Zulin Aziz Cur1 Perhatian Peminat. Wah Memang Nampak Macam Berada Di Luar Negara Jer. Masakan Pun Nampak Menyelerakan !!

Selebriti Zulin Aziz sememangnya terkenal dengan bakat masakannya. Zulin gemar berkongsi video resepi air tangannya di media sosial. Kesemua hasil masakan daripada Zulin selalunya nampak sangat sedap dan menyelerakan.

Terbaru, Zulin telah berkongsi resepi nasi lemak yang disediakan khas buat suaminya. Zulin memasak nasi lemak tersebut seawal pagi dengan caranya yang tersendiri dengan menggunakan bahan yang ada di dapurnya sahaja.

Menurut Zulin, suaminya gemarkan nasi lemak yang original iaitu hanya bersama sambal tumis sahaja. Apa yang penting sambal tersebut dimasak dengan meletakkan bawang yang banyak. Dan hasilnya tetap nampak menyelerakan.

Namun di sebalik perkongsian ini, ramai yang terpesona dengan permandangan luar rumah Zulin. Dapat dilihat permandangannya sangat cantik seperti berada di luar negara. Wah, mesti feeling-feeling macam berada di oversea gitu.

Jom tonton video di bawah :

Ramai memuji sikap Zulin yang sentiasa rajin memasak dan menyediakan makanan untuk suami. Antara komen-komen yang diberikan :

” Bagusnya zulin, selalu masak. Ingat kat ediburgh tadi.. near scotland.. Cantik kawasan rumah kat situ.. berjuta kot harga nya.. “

” Cantiknya rumah ,syantiknya hiasan meja makan.. Cantikkk suasana uma.. cam kt oversea.. yg petak dlm nasi tu kiub ayam ke ? “

” Rumah kat area mana ni cantik sangat view.. kuali mak mak jugak yg best kn seronok nk mngacau lps tu ket0k tung3. klau kuali non stick dh kna msk sopan santun.. “

” Cantik kawasan perumahan mana ni ya.. cantiknya view luar rumah zulinaziz btw tq share mcm2 resepi. boleh cuba nti.. “

” Cantikkk ooo view rumah kak zulin ni… mcm oversea tgk kat google betul2 cantik tempatnya.. terbaik, isteri mithali.. “

” Cantik rumah, ala-ala oversea gitu.. kadang takde timun takde ikan bilis takde kacang pun tetap buat nasi lemak.janji ada sambal dgn telur.. “

” Alhamdullilah… Untungnya si suami di kurniakn sang isteri yg pandai jaga makan minum suami.. bestnya setup rumah dia.. “

Suami Zulin sangat beruntung kerana mempunyai isteri yang rajin memasak. Tambahan pula, masakan si isteri semuanya nampak sedap. Semoga Zulin Aziz tidak jemu untuk terus berkongsi resepi-resepi lain juga di media sosial.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..