” Dah pandai memilih tu tak nak Mat Kilau, tak nak Awang. Haha.. ” – Netizen

Video Reaksi Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Menonton Fattah Amin Di Kaca TV Berlakon Dalam Muzikal Lawak Superstar. Alahai Kenal Sangat Daddy Dia Yer. Comel Je Fatima Sebut Tak Nak Mat Kilau Dan Awang Tu, Hehe !!

Meninjau akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat permata hati Fattah, Nur Fatima Aisya ketika melihat Fattah di Muzikal Lawak Superstar menerusi kaca televisyen. Fattah yang diundang oleh kumpulan UBI melakonkan watak Awang.

Fattah memakai baju serba hitam dan berambut panjang sebagaimana karektornya dalam filem Mat Kilau. Fatima yang melihat daddynya itu di kaca TV ditanya oleh Fazura siapakah itu. Fatima spontan menjawab tidak mahu Mat Kilau dan tidak mahu Awang.

Alahai anak daddy seorang ini, petah sudah mulutnya itu. Dua-dua Fatima tidak mahu, mahu Fattah Amin juga, hehe. Kata Fattah di kapsyennya, peminat kecilnya ini tidak mahukan Awang berserta emoji ketawa.

Fattah turut sama mengucapkan terima kasih buat kumpulan UBI kerana memilihnya sebagai artis jemputan mereka. Seronok katanya Fattah membuat kemunculan seperti itu, lain daripada watak yang pernah dilakonkan sebelum ni. Daddy Nyanma boleh buat lawak tau Nyanma, hehe.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Sehingga kini, perkongsian oleh Fattah ini telahpun mencatatkan hampir 9000 tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Fatima nk Daddy dia jer. Hehe.. Cerdik sgt Fatima wlpn dlm character Awang boleh kenal daddy dia.. “

” Mat Kilau tak nak… Awang tak nak… tapi bila mommy sebut daddy Fatima diam so Fatima only want her daddy. clever girl la Fatima ni.. “

” Fattah tak nampak shy2 pun, sporting je dalam muzikal lawak semalam. Comel sangat la Fatima ni. Mat Kilau ke Awang ke dua-dua tak dapat memenangi Fattah Amin di hati Fatima cewahhh.. “

” Cerdik sangat Fatima kenal daddy dia… so cute. Kelakar la awang terbaik menjadi weh lawaknya, Mesti Fatima pun pelik tengok daddy bergelek haha.. “

” Fatimah comel tak nak mat kilau, nak Daddy sahaja hehe. Fatima nak daddy, makin petah Fatima sayang.. “

” Fatima nak daddy the only one saje la mommy haha. Dah agak dah mesti Fatima ada depan tv tunggu daddy.. “

” Tergelak-gelak Fazura tengok Awang bergelek ahaha. Comel dan pandai Nyanma ni. dah pandai memilih tu tak nak mat kilau, tak nak awang haha.. “

Pandai sangat Fatima ye, hebat macam mana pun Mat Kilau dan Awang, hanya Daddy di hati Fatima kan. Fattah pun memang menjadi lawak bersahajanya semalam sehinggakan Fazura pun tergelak menonton lakonan suaminya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Amin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..