” Boleh harap dah Sefhia ni jaga adik Haider.. ” – Netizen

Elly Mazlein Kongsi Video Anaknya Putri Sara Sefhia Menjaga Adiknya, Haider Mateen Ketika Sedang Bercuti. Bagusnya Kak Sefhia Ni, Dakap Adik Rapat-Rapat. Babysitter Terbaik !!

Pernah pengacara yang juga bergelar penyanyi ini ditanyakan tentang isu sor0k wajah anak-anak kepada umum, namun jawapan Elly Mazlein sangat bernas. Bagi Elly, biarlah hanya dia sahaja dengan dunia hiburan dan anak-anaknya punya privasi tersendiri.

Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anaknya, Putri Sara Sefhia bersama Haider Mateen. Pada waktu ini, Elly bersama suaminya, Cikgu Azlan dan kedua-dua anaknya ini sedang bercuti.

Sefhia yang mendukung Haider di tepi pintu cermin. Elly menayangkan gelagat Sefhia menjaga adiknya mendapat perhatian daripada peminat. Nampak semakin tinggi dan besar Sefhia apabila mendukung Haider seperti ini.

Kata peminat, Sefhia sudah boleh diharap untuk menjaga Haider. Elly menulis di kapsyennya, jika dahulu Sefhia cuma berseorangan namun kini Sefhia sudah berdua dengan adanya Haider. Seronok Sefhia ada geng bermain.

Jom tonton video di bawah :

Antara posting lain Elly ketika bercuti :

Video terbaru Haider yang kini sudah berusia 10 bulan :

Perkongsian oleh Elly ini berjaya mencur1 perhatian daripada peminat dan antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah, Ada geng… yeay. Boleh harap dah Sefhia ni jaga adik haider.. syukur.. “

” Alhamdulillah.. manja ada kawan main dah. cepat je kakak membesar alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah rezeki dunia akhirat kak lina. Jangan ditanya bila nak bertiga, pishang kepom kang haha.. “

” Alhamdulillah rezeki anak-anak dan suami untuk kak lina pompom. Semoga bahagia selalu kaklina pompom.. “

” Happy holiday kak lina pompom, bestynya. Semoga bahagia selalu kak lin pompom ni.. “

Lengkap kehidupan Elly dan Cikgu Azlan apabila sudah ada sepasang anaknya. Sefhia juga sememangnya dari Haider belum lahir lagi sudah menunjukkan betapa sayangnya dia terhadap adik babynya itu.

Semoga Putri Sara Sefhia menjadi anak yang solehah, kakak yang baik serta penyayang kepada Haider, dipermudahkan untuk menimba ilmu dan menjadi insan yang berguna tidak hanya kepada agama, malah bangsa dan negara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, Tik Tok Kakak Lina Pom Pom 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..