” Comelnya muka Bunga muka redho je.. “- Netizen

Video Sheila Rusly Berjogging Sambil Membawa Cucunya, Bunga Elhaq. Fuh Maintain Bertenaga Nanna Bunga Ni, Bunga Pun Behave Je. Bergegar Pipi Pun Bunga Layan Je, Hehe !!

Semenjak kelahiran cucu sulungnya yang bernama Bunga Elhaq ini, kehidupan pengarah terkenal Sheila Rusly dan Jinggo banyak berubah. Betul kata orang, apabila sudah ada cucu, sayangnya itu lebih lagi daripada sayang anak.

Meninjau akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sheila membuat aktiviti bersenam dengan Bunga dibawa bersama-samanya. Bunga yang baring dalam stroller kelihatan diam dan tenang sahaja.

Sheila sememangnya diketahui mengamalkan cara hidup sihat dan selalu bersenam dan jogging. Jika sebelum ini jogging cuma berdua bersama Tok Sidang, apabila sudah ada Bunga ni Bunga pun kena angkut sama dengan Nanna ambil angin pagi.

Patutlah Sheila nampak muda selalu dan fit badannya, tengoklah lariannya yang bertenaga itu sampai bergegar-gegar pipi Bunga dibawa bersama dalam stroller, hehe. Reaksi muka Bunga membuatkan peminat ger4m, redha betul Bunga ni.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Sheila ini telahpun meraih lebih 27 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Nanna Bunga memang steady. Comel je Bunga teman Nanna jogging. dengan Bunga sama ikut berlari ni haha.. “

” Comelnya muka Bunga muka redho je haha. Bergegar pipi b4mb4m tu ger4m tengok. Nanna dan Bunga bonding time.. “

” Redha je muka Bunga tapi cute lah sis Sheila dengan Bunga ni. Tenang je Bunga teman nanna jogging.. “

” Comel je Nanna bersemangat, patutlah maintain je badan, tu yang muka pun awet muda selalu.. “

” Gorgeous Nanna, Nanna Bunga mantaplah. Nanna tak macam nenekpun, maintain betul. Bestlah Bunga hirup udara segar pagi-pagi.. “

” Comel sangat sangat Bunga Elhaq, Dah pandai dia, suka dapat jalan-jalan ye. Ni Bunga pun ikut berpeluh, senaman pipi ye Bunga bergegar kena bawak lari dek Nanna haha.. “

” Macam anak sis bukan macam cucu, awet muda nanna Bunga ni. Seronok Nanna berjogging dengan cucu.. “

Memang betul kata peminat, tak nampak seperti nenek dengan cucu kerana neneknya nampak awet muda. Bunga pun comel, sukalah tu dapat keluar berjalan-jalan sebegini. Apa-apa pun, semoga terus bahagia Sheila Rusly sekeluarga dan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly, IG Bunga Elhaq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..