” You are totally amazing and superb.. ” – Netizen

Video Syamel Menyanyi Lagu Widuri Dalam Sebuah Majlis. Wow Siap Dapat Sorakan Ramai, Memang Padu Lah Bang Mel !!

Pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan, Syamel dan Ernie Zakri sememangnya memiliki vokal yang cukup padu. Kedua-duanya adalah penyanyi yang sangat dikenali ramai kerana bakat yang dimiliki oleh mereka.

Pasangan suami isteri ini juga sering mencur1 perhatian ramai dengan telatah mereka yang menghiburkan. Sebelum ini beberapa video yang dimuatnaik di laman Instagram mereka telah membuatkan warganet dan peminat mereka terhibur dengan gelagat pasangan muda ini.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Syamel, telah berkongsi satu video yang memaparkan Syamel hadir ke sebuah majlis. Dalam majlis tersebut, Syamel telah menyanyikan lagu bertajuk Widuri bergandingan bersama Ida Mariana.

Meskipun baru beberapa jam dimuatnaik, video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan nyanyian Syamel membawakan lagu Widuri versi jazz sangat sedap didengar. Sehingga kini, video nyanyian Syamel telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, netizen telah memberikan kata pujian kepada Syamel dan rata-ratanya berkongsi emoji love. Antara komen yang menarik adalah :

” You are totally amazing and superb, best sangat dengar. Best best bangmel.. “

Wah siap dapat sorakan daripada penonton. Syamel sememangnya seorang penyanyi yang serba boleh. Bagi sahaja lah apa-apa pun rentak lagu, pasti Syamel mampu membawakannya dengan baik sekali.

Berkongsi tentang kehidupan terbaru Syamel dan Ernie, pasangan ini telah menimang cahaya mata permata mereka iaitu seorang bayi perempuan pada bulan Februari lalu dan diberikan nama sebagai Khawla Soleha. Apa-apa pun, semoga Syamel serta Ernie terus hidup bahagia dan berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG syamel_official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..