” Cantiknya isteri, muka seiras.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Terbaru Beto Kusyairy Bersama Isteri Raih Perhatian Peminat. Cantik Dan Manis Isteri Beto. Muka Pun Nampak Macam Seiras !!

NurKusyairy Zakuan Osman atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy merupakan seorang pelakon yang berbakat besar. Lakonan Beto dalam filem terbarunya iaitu Mat Kilau di mana Beto memegang watak sebagai Wahid menerima pujian ramai.

Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian gambar Beto bersama isterinya, Tisha Shahar telah meraih perhatian ramai. Gambar tersebut dirakamkan ketika Beto dan isteri pergi bercuti bersama sahabatnya termasuk Zahiril Adzim sekeluarga.

Ramai menyatakan wajah Beto dan isterinya nampak sangat seiras. Jika dilihat nampak seperti adik-beradik. Kata orang jika wajah pasangan seiras ini jodohnya panjang dan berkekalan. Namun begitu, perkahwinan Beto dan isterinya masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

Perkongsian Beto ini telah menerima lebih daripada 20 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Beto sering berkongsi momen-momen indah bersama isterinya di media sosial. Nampak sangat sweet dan sepadan pasangan ini.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Antara perkongsian lain :

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah manis isteri Beto. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

Betul lah orang kata handsome man tu wujud.. Mashallah sungguh tampan Dan ayu sepasang suami isteri bahagia dunia akh1rat.. “

” Love all the pics.. myfav ? Definitely yg first tu. Beautiful couple! Semoga terus dalam lindungan serta kasih sayang Allah.. “

” Cantiknya isteri, mashaAllah.. Semoga panjang umur murah rezeki dan sihat selalu. insyallah. Jangan berhenti berlakon bang. Kau antara pelakon yang diminati.. “

” Comelnyaaa beto dgn wife.. Semoga dikurniakan cahaya mata.. Moga kekal hingga ke syurga Allah.. sweetnya.. “

” Sweetnya, muka hampir sama.. Rare lama bertahan dari zaman sekelas dulu.. congrats bro.. Suka bethol aku dgn family depa ni.. “

” Aww sweet nya beto and wife  alhamdulillah.. Muka seiras… semoga dipermudahkan urusan semuanya Aamin.. “

” Suka tgk abg beto belakon, 1st tgk dlm movie istanbul aku dtg.. handsome ye sampai ke tua handsome.. moga beto_kusyairy bahagia with fmly till jannah.. “

Semoga jodoh Beto Kusyairy bersama isteri tercinta berkekalan sehingga ke syurga dan berbahagia selalu. Didoakan semoga suatu masa nanti pasangan ini akan dikurniakan cahaya mata dan menjadi penyeri rumahtangga mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Beto Kusyairy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..