” Dia thumbs up diri sendiri ye, jangan main-main. Haha.. ” – Netizen

Video Fattah Amin Mengajar Anaknya, Nur Fatima Aisya Mengaji Alif Ba Ta Raih Perhatian Peminat. Pandainya Fatima, Dah Banyak Yang Jelas Sebutannya. Part Buat Thumbs Up Last Tu Comel Je. Masuk Bakul Angkat Sendiri Ni Fatima, Hehe !!

Belum lagi cukup usianya 2 tahun namun keletah anak pasangan Fattah Amin dan Fazura bernama Nur Fatima Aisya ini seringkali mendapat perhatian peminat. Seorang yang peramah dan petah bercakap, Fatima juga merupakan pencinta makanan sama seperti mommynya juga.

Meninjau akaun Instagram Lovelyfatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika sedang belajar membaca Aliff Ba Ta bersama Fattah. Kedengaran Fatima mengikut satu persatu huruf yang disebut oleh daddynya ini.

Manja sungguh si comel kesayangan daddy ini. Apabila ada daddy, berkep1t sahaja Fatima atas riba daddy. Mengagumkan itu antara yang diungkapkan oleh peminat setelah menonton video Fatima belajar mengaji. Sebutan Fatima sudah banyak yang jelas.

Teruja sungguh Fatima untuk menghab1skan bacaannya. Beberapa kali kedengaran Fatima menyebut huruf ‘ Ya ‘. Bertambah comel melihat Fatima apabila dipuji oleh daddynya, lantas Fatima membuat isyarat jari thumbs up untuk diri sendiri. Cute sangatlah ‘ustazah’ kecil ini.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat comel oleh Fatima ini telahpun mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Fatima is so cute and adorable girl, Alhamdulillah. Comelnya dia buat thumbs up tu. cute.. “

” Alhamdulillah bijaknya Fatima, jelas bacanya. Laju asyik nak ya je ni Fatima hehe. So clever Fatima.. “

” Siap tunjuk thumbs up pandainya Fatima. Semoga menjadi anak solehah yang pintar.. “

” Comel dan cerdik, muncung mulut sebut huruf way. Macam budak umur 5 tahun dah fatima ni.. “

” Sebutan jelas Fatima, so sweet dari awal diasuh dengan ayat-ayat suci. Macam dah 5 tahun budak kecik ni, pandainya.. “

” Dia thumbs up diri sendiri ye, jangan main-main haha. Budak bijak, banyak yang dah betul sebutannya tu.. “

” Laju je nak ‘Ya’ Fatima hehe, alhamdulillah bijak dan pandai. Siap thumbs up puji diri sendiri ke camne ni Fatima hahah.. “

Alhamdulillah lancar sebutan Fatima, sikit sahaja lagi tentu Fatima boleh membaca dan mengingati kesemua huruf tersebut. Terus rajin berusaha dan belajar ye Fatima. Semoga Fatima menjadi insan yang berjaya di dunia dan akh1rat kelak. Amin.. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lovelyfatima, IG Bamtahdolly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..