” Tengok muka Hairul nampak sangat proud dekat Yusuf.. ” – Netizen

Video Yusuf Iskandar Melakukan Aktiviti Indoor Skydiving. Wah Beraninya Yusuf, Bukan Main Tinggi Yusuf Terbang. Namun Reaksi Wajah Hairul Azreen Buat Peminat Tersentuh !!

Meninjau ke akaun instagram Yusuf Iskandar, perkongsian video terbaru Yusuf telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi seminit ini memaparkan Yusuf melakukan aktiviti las4k iaitu aktiviti Skydiving.

Hairul membawa Yusuf melakukan aktiviti tersebut kerana kebanyakan aktiviti lain tidak sesuai dengan usia Yusuf. Yusuf dilihat sangat berani untuk terbang dengan lebih tinggi walaupun dengan bantuan pekerja di sana.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah pandangan Hairul terhadap Yusuf ketika melakukan aktiviti tersebut. Dapat dilihat Hairul berasa sangat bangga dengan keberanian Yusuf dalam melakukan pelbagai aktiviti las4k semasa percutian mereka.

Sebelum ini, mereka sekeluarga melakukan aktiviti meluncur salji dan juga menaiki bot laju. Malah Hairul dan isterinya, Hanis turut melakukan terjunan bungee jumping. Keluarga ini sememangnya sangat berani mencuba pelbagai aktiviti.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang memuji keberanian Yusuf melakukan skydiving. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Ibu bapa yang baik dalam mendidik anak2 juga. the best family patut dicontohi.. syabas anak muda.. Seb4k dan terharu lk tgk pandangan ayah ke anak.. “

” I adore the way dad is looking at his son.. money can buy happiness. Daddy’s proud face Confirm yusuf lasak mcm daddynya.. “

” Tengok muka hairul nampak sangat proud dekat yusuf.. goodjob yusuf.. Yusuf brave boy.. Seb4k pulak tengok muka daddy dia .. “

” Muka daddy die bangga betul .. MasyaAllah Beraninyaa yusuf daddy mesti bangga.. yusuf dah besar.. alisa naik tak.. “

” Waww yusuf, berani nye dyee .. tingginya yusuf fly.. Suke tgk family ni…muke daddy dia bangga btul.. hebat yusuf.. “

” Muka bangga seorang daddy… semoga terus membesar menjadi anak yg membanggakan orang tua dunia dan akhirat.. aminn.. “

” Setiap hari stalker ig Hanis dan Hairul. Tak dpt pegi sna, tapi dengan video2 dan gambar2 kena up pun dah rasa puas tgk thank you.. “

Seronok melihat aktiviti percutian keluarga ini setiap hari. Semuanya diluangkan dengan aktiviti-aktiviti menarik dan berfaedah. Selamat bercuti kepada Hairul Azreen sekeluarga dan jaga diri serta keselamatan ketika berada di sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..