” Seb4k di dada, kalau saya di tempat Anne tak tahu level kekuatan tahap mana.. ” – Netizen

Isteri Achey Bocey, Anne Kongsikan Video Pemberian Hadiah Istimewa Buat Achey Sempena Ulangtahun Kelahiran Suaminya. Alahai Seb4k Betul Kapsyen Anne Ni, Perg0rbanan Demi Suami Tersayang !!

Bukan mudah untuk pasangan terus bersabar dalam mengharungi dug4an alam rumahtangga apatah lagi jika ianya melibatkan zuriat. Ada orang rezeki wang ringgit yang banyak, namun masih belum lagi diberikan Allah rezeki untuk memiliki zuriat kandung sendiri.

Begitu jugalah yang dilalui pasangan Achey Bocey dan isterinya, Anne. Terus sabar dalam penantian yang sudah lebih 11 tahun ini, Anne membuat keputusan untuk melakukan proses IVF demi mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Meninjau akaun Instagram Anne Achey, telah dikongsikan video yang memaparkan Anne bersama Achey dan anak angkat mereka, Tiara Zinnirah ke hospital untuk bertemu dengan doktor pakar bernama Dr. Thokha Muhammad.

Kata Anne ini hadiah istimewa daripadanya untuk Achey sempena ulangtahun kelahiran Achey tahun ini. Mendoakan agar Achey sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Anne juga berharap Allah permudahkan segala urusan mereka.

Jom tonton video di bawah :

Achey juga meluahkan rasa r1saunya terhadap apa yang bakal dilalui oleh Anne untuk melalui proses IVF ini. Besarnya rasa cinta dan peng0rbanan seorang isteri untuk memberikan suami tercinta zuriat.

Jom tonton perkongsian Achey :

Perkongsian oleh Anne ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Kata-kata semangat turut diberikan untuk pasangan ini dan antara komen-komen peminat :

” Happy birthday Achey, semoga dipermudahkan segala urusan.. diperkenan kan segala doa dan usaha.. berbahagia selalu.. “

” Happy birthday acheykintangkintung semoga semua dipermudahkan.. Allah akan bantu hambanya nya berusaha. Anne Insyaallah berita happy menyusul tu.. “

” Kita yang rasa syahdu tengok video macam mana ni. Semoga Allah kurniakan zuriat buat pasangan Achey dan Anne.. “

” Seb4k di dada.. kalau saya di tempat anne tak tau level kekuatan tahap mana.. dan adakah suami akan sesabar ini.. “

” Happy birthday achey.. in sya Allah anne… semoga Allah kurniakan yg terbaik utk korang berdua. jgn pernah mengalah…. love u anne.. “

” Semoga Ada rezeki untuk kite,saya Pon buat IVF,baru Lepas 1 step buat opu.. hope telor yg dpt boleh menghasilkan kualiti yg baik…. Semoga Anne n achey enjoy the journey jgn stress.. “

” Achey percayalah dia, hargai lah dia, teruskanlah setia dgnnya. Seorang isteri jika suami melakukan 3 perkara ini, nyaw4 pon sanggup mereka berikan. semoga semua urusan ini dipermudahkan buat awak berdua.. “

Ramai yang mendoakan untuk Achey dan Anne. Semoga ada sinar dan khabar gembira untuk Achey dan Anne dalam masa terdekat. Hadiah hari lahir paling bermakna, terus kuat Anne demi impian yang diidam-idamkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anne Achey, IG Achey Bocey 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..