” Ish macam tu je Tokti tarik suara tinggi tapi muka tetap senyum.. ” – Netizen

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Ketika Berlatih Menyanyi Lagu Azizah Buat Peminat Kagum. Suara Rehearsal Punya Lah Sedap. Part Suara Tinggi Rendah Tu, Fuh Memang Best Sangat !!

Dato’ Seri Siti Nurhaliza memiliki suara yang lunak merdu dan ini membuatkan DS Siti kekal menjadi penyanyi kesukaan ramai. Berilah apa sahaja genre lagu kepada jelitawan ini, pasti akan dibawakan dengan cukup baik dan sempurna.

Meninjau akaun Instagram DS Siti, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan suasana sebenar ketika DS Siti membuat latihan bersama Aubrey Suwito buat kali pertama. Menyanyikan lagu Azizah, DS Siti membawakan lagu ini mengikut rentaknya tersendiri.

Suara emas DS Siti tidak dapat dinafikan lagi, tone tinggi dan rendahnya kedua-duanya tetap gemersik. Peminat memuji kelunakan suara DS Siti ini walaupun ketika latihan sudah sebegini bagus dilakukan DS Siti.

Santai-santai sahaja menyanyi namun suara tetap padu, itu antara ungkapan peminat untuk idola kesayangan ramai ini. Sempat lagi DS Siti berseloroh di kapsyennya memberitahu rakaman ini menampakkan lubang hidung dan dagu double chin dan meminta hanya menikmati suaranya sahaja.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh DS Siti ini telahpun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Sedapnya tokti nyanyi lagu ni, favourite song ni. terpesona dengar, macam ni la best selalu-selalulah share video nyanyi dan practise. Kami suka.. “

” Terbaik hampir terpec4h pinggan time tu haha, sedap sangat suara kakak ku Tokti ni. tak puas dengar tau.. “

” Macam mana lepas ‘ Azii’ yang tinggi dan lantang tu boleh terus masuk ‘ zah ‘ yang lain register yang lembut siap berlenggok-lenggok tu. Fuh pengs4n.. “

” Bagusnya Dato ct ni.. masa latihan pun buat hab1s-hab1san. sentiasa beri yg terbaik. srbab tu tokti berjaya sampai sekarang.. awesome tok ti.. “

” Macam tel4n mic tokti, sedap sangat suaranya. Anugerah terindah kurnianNya. Raw material pun dah sedap haihh, goosebumps.. “

” Suara aduhaii meruntun jiwa, bawak lagu klasik lagi sedap suara Tokti ni. Tak puas dengar sampai ulang berkali-kali.. “

” Apasal aku yang berker0t tapi tokti tak, ish macam tu je Tokti tar1k suara tinggi tapi muka tetap senyum je. Tak pernah tak comel tokti ni.. “

Sudah namanya biduanita, suara DS Siti memang tiada tandingannya. Raw material pun sudah sedap, original punya suara. Semoga DS Siti memuatnaik banyak lagi perkongsian video sebegini pada masa akan datang untuk hiburan peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..