” Aku yang seb4k baca caption dan tengok Yusuf.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Hairul Azreen, Yusuf Iskandar Berusaha Bersungguh-Sungguh Main Ski. Perkongsian Hairul Tentang Yusuf Buat Ramai Tersentuh. The Best Never Rest, Terbaik Lah Yusuf !!

Hairul Azreen bersama Hanis Zalikha dan 2 orang anak mereka kini sedang bercuti di luar negara. Tidak menyatakan destinasinya namun daripada gambar dan video yang dikongsikan oleh pasangan ini peminat meneka ianya adalah Switzerland.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Yusuf ketika bermain ski. Hairul yang menyelia akaun sosial Yusuf ini turut mencoret sesuatu untuk Yusuf.

Kata Hairul, dia tahu Yusuf Iskandar anak yang soleh dan hebat dengan izin Allah. Hairul juga merasa bangga dengan kecekalan Yusuf untuk belajar bermain ski ini. Bukan mudah untuk bermain apatah lagi untuk kali pertama.

Perlu keberaniaan dan kesungguhan, sekali jat0h tetap lagi bersemangat untuk terus mencuba, itulah Yusuf. Dapat dilihat Yusuf berusaha untuk dapat bermain ski dengan sendiri. Daddynya hebat, pasti anaknya pun hebat juga.

Jom tonton video di bawah :

Hanis Zalikha juga ada berkongsikan di Instagramnya aktiviti ski mereka sekeluarga. Seronok betul dapat bercuti di negara musim sejuk dan bersalji seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

Komen Hairul ini lah yang membuatkan peminat tersentuh :

Video ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan sejak ia dimuatnaik hampir 40 ribu likes direkodkan. Antara komen-komen peminat :

” Semangat ya Yusuf, good job. Never give up, Alhamdulillah semangat daddy ada dalam diri Yusuf.. “

” Ala sayu baca luahan hati daddy huhu. Yusuf memang anak yang membanggakan dan soleh.. “

” Aduh seb4k, abag Hairul potong bawang la. Hebatnya seorang anak ialah hasil didikan yang baik dari family. Good job Yusuf.. “

” Proud of you Yusuf. Good job, the best never rest. Tetap semangat untuk terus bermain. Hebat seperti daddynya juga.. “

” Budak ni berdikari betul lah. Dekat rumah cara dekat rumah, pergi bercuti cara bercuti. Suka tengok attitute Yusuf ni.. “

” Aku yang seb4k baca caption dan tengok Yusuf. Bangga rasa ada anak seperti Yusuf ni.. “

” Good job Yusuf. Aunty pun terg0lek leb4m2 dekat remarkable tu… Yusuf cepat belajar, anak yang hebat.. “

” Bagusnya yusuf.. Aunty jat0h sekali masa first time main ski… terus tak nak main ski dah masa tu sampailah sekarang.. “

Yusuf memang kuat semangat sama seperti daddynya juga. Sebagaimana daddynya menunjukkan contoh terbaik untuk Yusuf, itulah yang menjadi ikutan oleh Yusuf. Semoga Yusuf terus membesar menjadi insan hebat dan berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar, IG Hanis Zalikha, IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..