” Cerdiknya Emelia makan sendiri, behave dia. Buat peace tu paling comel.. ” – Netizen

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Video Anak-Anak Sedang Sarapan. Namun Gelagat Anak Kecilnya, Sophea Emelia Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Comel Tengok Emelia Makan, Sopan Je !!

Siapa yang tak kenal dengan Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ni. Bagi yang suka mengikuti perkembangan Dr Sheikh di media sosial mesti suka dengan cara Dr Sheikh mendidik anak-anaknya dan tips-tips yang dikongsikan.

Untuk rekod, Dr Sheikh dan isterinya, Datin Dr Halina telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta pasangan kembar berlainan jantina, Sophea Emelia dan Sheikh Eusoff.

Terbaru, Dr Sheikh telah berkongsi satu video yang memaparkan anaknya, Adam, Noah dan Emelia sedang bersarapan pagi bersama. Selain itu, seperti biasa menerusi kapsyen, Dr Sheikh berkongsi beberapa tips untuk membuat anak-anak berasa seronok untuk pergi sekolah.

Namun yang mencur1 perhatian dalam video tersebut adalah gelagat Emelia yang sedang makan dan duduk diapit oleh kedua-dua abangnya. Meskipun baru berusia 1 tahun lebih, Emelia dilihat sangat tertib ketika makan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, selain ger4m dengan gelagat Emelia dalam video, ramai yang turut berterima kasih kepada Dr Sheikh akan tips yang diberikannya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cerdiknya Emelia makan sendiri, behave dia. Buat peace tu paling comel. Hehe ger4m pula tengok Emelia ni.. “

” Hahahaha so cute Emelia sempat buat peace, bangun awal betul Emelia ye, teman abang2 dia sarapan.. “

” Thanks Dr for sharing. Atleast u gv me some idea at no 4 for my kids as i lived in asian practice, which is ‘suddenly feeling so h0t during sleep because mom switch off fan’ .. “

” Suka tgk Emilia taw, cute sangat gayanya. Jarang lah nk boleh tengok Emelia ni senyum, heheehe.. “

” Eh Dr, Emelia nk buat peace ke tu, hahahaha comel lah budak kecil ni, mana Eusoff Dr, belum bangun tidur lagi ke.. “

” Baiknya tengok anak-anak Dr makan, semua nampak tertib je. Tq Dr atas perkongsian yang menarik untuk panduan kami sebagai ibu bapa.. “

” Dr, sungguh hebat. Doakan kami yg baru nak menjinakkan anak2 berumur 1-2 tahun ni. Hehe. A good breakfast is a motivation of the day.. “

Alahai comelnya Emelia, lagi-lagi dengan pakaian baju tidur kelawarnya itu. Apa-apa pun, sangat menarik perkongsian tips Dr Sheikh pada kali ini. Semoga Dr Sheikh terus berkongsi tips-tips yang berguna kepada semua lagi selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..