” Muka Mat Yip tapi pipi pau macam Mima..” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Ketiga Syatilla Melvin, Salama Samheizy Yang Kini Sudah Berusia 3 Bulan Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Salama. Pipi Tu Kenapa Bulat Sangat, Hehe !!

Meninjau ke akaun instagram Syatilla Melvin, perkongsian gambar terbaru anak ketiganya iaitu Salama Samheizy telah meraih perhatian ramai. Salama dilahirkan pada 9 Mei lepas kini sudah berusia 3 bulan.

Di ruangan komen, Syatilla telah bertanya kepada warganet tentang wajah Salama sama ada mewarisi wajah abangnya, Syeriv Samheizy atau kakaknya, Sarima Samheizy. Alahai, nampak semakin comel dan m0ntel lah Salama.

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen di ruangan komen. Ada yang menyatakan wajah Salama merupakan gabungan wajah abang dan kakaknya. Jika dilihat mata bulat Salama seperti abangnya, manakala pipinya yang bulat seperti kakaknya.

Perkongsian Syatilla ini telah menerima lebih daripada 13 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seperti anak selebriti lain, Salama juga mempunyai akaun media sosial dengan nama salama_samheizy.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai memberi pelbagai respon mengenai wajah Salama. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Muka Mat Yip tp pipi pau Mima… combination of both abg n kakak.. pandai mak dia.. Comei nya.. tak ikut blah papa dia.. “

” Ger4mnyaaaa, nak eom je rasa pipi dia tuuuu.. Muka sam sangat sorang ni. Omeyy mcm kak abg dia.. Syerivv.. “

” Cmpur mima n syeriv.. Comel… gabungan muka abang dan kakaknya… Windu la kat anak bucuk mama dee ni. Dah nmpk besar dh anak dara ni.. “

” Mat yip ada mima pun ada.. Muka abg dia hat ni.. bagus tilla tk letak sticker.. Bagus satilla show wajah baby.. “

” Muka mat yipp sgt .. Sat ja no 3 bulan dah… rasa mcm baru ja hampa beran4k.. salama comel.. nmpk gayanye muka syeriv lah ni naya kalau perang4i ikut abg dia.. “

” Alahai comel nya dia. muka syeriv dagu mimaa .. Ahhh tak kisahla mima and syeriv pun tak jauh hahaha sbb dedua muka bapak nye hehe.. “

” Muka sarima sebijik .. alahai kenapa comel sangat.. Anak sya pun 3bulan ari ni semoga anak2 membesar dengan sihat … “

Bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah Salama sememangnya gabungan wajah abang dan kakaknya. Semoga Salama Samheizy membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..