” Comelnya baby boy Isa, macam iras-iras muka mummy.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Reaksi Anak Stacy, Bella Deluna Dan Eshaal Ketika Melihat Adik Mereka, Isa. Alahai Eshaal, Muka Tu Teruja Sungguh. Isa Pun Comel Sangat !!

Stacy Anam dan Akim Ahmad telahpun selamat menimang cahayamata lelaki pada tanggal 6 Ogos baru-baru ini. Menamakan bayi ini sebagai Isa, kelahiran Isa memeriahkan lagi keluarga Stacy dan yang lebih teruja tentulah 2 anaknya yang lain iaitu Bella Deluna dan Eshaal.

Meninjau akaun Instagram Beyshal, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan reaksi wajah Bella dan Eshaal ketika melihat adik mereka ini. Teruja dan gembira dapat dilihat daripada pandangan mata adik dan kakak ini.

Memperkenalkan adik kecil mereka ini sebagai Isa, Bella dan Eshaal juga berjanji akan menjaga Isa dan membantu mummynya termasuk menukar diapers Isa. Wah kakak-kakak yang baik dan penyayang ni.

Anak-anak memang merasa seronok dengan kedatangan adik baru. Apatah lagi melihat bayi yang comel dan kecil. Wajah Isa walaupun tidak nampak sepenuhnya dalam gambar ini, namun kulitnya putih sama seperti kakak-kakaknya ini juga.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, posting oleh Bella dan Eshaal ini telahpun meraih hampir 12 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah, tahniah Stacy dan Akim. Baby boy welcome to the world. Comel tiga-tiga anak Stacy ni.. “

” Aww welcome baby boy, so lucky you have 2 lovely kakak. Comelnya baby Isa, putihh.. “

” Tahniah bella dan Eshaal dapat baby boy baru… jaga adek baik-baik iyaa sayang dengan adek.. “

” Halah cara Eshaal tengok Isa tu, excited punya reaction ni. Comelnya Isa, putih macam kakaknya juga.. “

” Kakak and adik? bukan kaklong and kakngah will jaga adik ke hehe. So cute baby, assalamualaikum Isa.. “

” Tengok muka Eshaal sangat teruja dapat jumpa adik Isa. So cute baby Isa, semoga baby boy sihat sihat je.. “

” Kakak and kak cik, excited tengok baby Isa. Comelnya baby boy Isa di sana, macam iras-iras muka mummy dan daddy dan kakaknya juga sikit.. “

3 permata hati yang melengkapkan hidup Stacy dan Akim. Lagi kec0h lah rumah dengan gelagat Bella dan Eshaal menjaga adik Isa. Apa-apa pun, semoga Isa membesar dengan sihat selalu dan menjadi penghibur hati buat kakak-kakaknya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Beyshal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..